BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 12, 2011

lomo (analogue camera)
















lc-A dan uws jenis kamera diguna.
ini lah antara gambar dimana sy ad didalam gambar atau sy yang mengambil gambar.
Jom try ni plak.... Bila classic ni kadang-kadang lg best huhuhu
credit to Ariff sukarno

Wednesday, December 7, 2011

Pemergian Abang Din secara mengejut mengubah hidup kami sekeluarga. Bila diimbas kembali, sesungguhnya aturan takdir Allah S.W.T itu sangat cantik dan sempurna hingga ke akhir hayat hambanya. Semuanya telah ditentukan dengan begitu indah dan penuh hikmah.

Walaupun pemergiannya meninggalkan kesan yang amat dalam di hati kami, namun, kami amat bersyukur kerana ternyata di penghujung hayat Abang Din semuanya berakhir dengan baik.

Abang Din yang aku kenal sejak kecil cumalah seorang anak kepada sepupu nenekku yang lebih mesra dipanggil Ayayut. Namun, akrabnya keluarga kami lebih dari pertalian saudara yang lebih dekat. Bermula dari zaman persekolahan emak, pertalian ini sudah terjalin hinggalah kini emak sudah pun bersara.

Kelahiran Abang Din amat dinanti-nantikan kerana setelah lama berkahwin, Ayayut dan Mak Wass tidak dikurniakan zuriat sehinggalah mereka mengambil seorang anak angkat perempuan, Kak Long. Abang Din lahir selepas itu dan Abang Din adalah anak tunggal lelaki yang juga anak kandung tunggal Ayayut dan Mak Wass.

Abang Din di zaman remajanya seperti anak-anak muda lain, gemar berkawan dan hidup merantau dari satu tempat ke tempat lain. Kehidupan berkeluarga membuktikan Abang Din adalah seorang suami dan ayah yang sangat penyayang dan prihatin.

Keluarga Abang Din menetap di Muar. Empat bulan sebelum pemergian Abang Din, Allahyarham meminta izin dari isterinya untuk menjaga Ayayut yang sakit di Pontian. Bermulalah kehidupan baru Abang Din. Setiap hari jam 5.30 petang bertolak ke tempat kerja barunya di Pelabuhan Tanjung Pelepas menaiki motorsikal.

Pulang jam tujuh pagi, tidur dua hinggga tiga jam dan bangun mengurus Ayayut yang uzur. Temujanji di hospital, rawatan-rawatan alternatif di merata tempat, Abang Din uruskan seberapa terdaya. Anak dan isteri Abang Din kekal di Muar kerana meneruskan persekolahan untuk menghadapi PMR dan SPM. Abang Din akan pulang ke Muar seberapa kerap yang mampu.

Pada masa Abang Din menjaga Ayayut sehingga keadaan Ayayut bertambah baik kini, Mak Wass melayan Abang Din seperti menjaga anak kecil. Pergi ke tempat kerja dibawakan bekal, terjaga di tengah malam akan menjenguk Abang Din, menyelimutkan, mengecilkan kelajuan kipas, menunggu di pintu waktu pulang dari kerja, melayan makan minum dan pakaian.

Sehinggalah pada petang Ahad, 16 Oktober 2011 sewaktu azan Asar, Mak Wass terdengar Abang Din muntah di tandas dan mengadu dadanya sakit. Mak Wass sapukan minyak dan urut dada Abang Din. Abang Din berpeluh dengan sangat banyak dan sejuk seperti ais, kata Mak Wass.

Abang Din menolak untuk di bawa ke hospital kerana katanya sakit biasa tetapi Ayayut menggesa. Dalam keadaan Ayayut yang masih menanggung kesakitan di kaki, Ayayut menghantar Abang Din ke Unit Kecemasan Hospital Pontian. Pada masa itu, Abang Din masih boleh berjalan sendiri.

Mak Wass mengiringi Abang Din kerana Ayayut sukar untuk turun dari kereta oleh sebab keadaan kesihatannya sendiri yang kurang memuaskan. Semasa proses pendaftaran, Abang Din sudah mula membongkok menahan sakit.

Panggilan pertama yang kuterima dari emak pada jam 7.10 malam mengatakan Abang Din sedang menerima rawatan kerana serangan jantung. Terkejut dan kaget, hanya doa dapat dikirim. SMS demi SMS dari emak untuk memberi berita perkembangan rawatan menambah debar.

Ya Allah, Kau selamatkan Abang Din ! Sehinggalah mendengar panggilan telefon yang paling sukar untukku jawab. Aku hanya membiarkan telefon berdering sehinggalah dapat membina keberanian menyambut panggilan emak.

Innalillah... Perkara yang paling sukar terpaksa dihadapi. Pergi jua seorang putera kesayangan ayah bonda, dengan mudah dan tenang. Maha Suci Allah! Kau pulangkan Abang Din di penghujung hayatnya kepada Ayayut dan Mak Wass agar dia dapat berbakti kepada kedua orang tua hingga ke saat akhirnya.

Kau jua memberi kesempatan kepada seorang ibu untuk menatang anak tunggalnya bagai minyak yang penuh di hujung perjalanan hidup seorang anak. Kau berikan kekuatan kepada seorang ayah yang uzur memandu menghantar anaknya sendiri ke hospital. Kau lorongkan rezeki Abang Din bekerja di PTP supaya dia dapat tinggal bersama ibu dan ayahnya.

Subhanallah! Maha Agung Tuhan Sekelian Alam.

Siapa sangka seorang anak yang nampak sihat mendahului ayahnya yang uzur. Siapa sangka hilang sudah tempat bergantung ibu dan ayah kepada satu-satunya anak harapan. Semoga Ayayut dan Mak Wass tabah menghadapi hari-hari muka. Hanya zuriat Abang Din pengubat rindu, terutama anak bongsu Abang Din, Iman yang banyak menyerupai wajah Abang Din.

Allah S.W.T jua lorongkan hati kami, saudara rapatnya untuk berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan menemani Ayayut dan Mak Wass di waktu sukar ini. Emak menolak ajakan Ayah ke Seremban menghadiri kenduri adik kandung emak.

Aku mengubah tarikh aktiviti Pasca PMR bersama Panitiaku yang pada asalnya pada 17 Oktober ke 19 Oktober kerana ingin mengambil CRK atas urusan Konvo Abang Hisham tetapi membatalkan pada sangat akhir. Rupa-rupanya aku tetap mengambil CRK atas sebab yang lain. Adikku Pin yang bekerja shift menyusun jadual cutinya pada 17 Oktober sedangkan Pin baru bercuti pada 15 Oktober.

Mendengar ringtone dari telefon Abang Din sudah mampu meremukkan hati kami. Lagu Wali Band "Ingat sakit.. ingkat mati..ingatlah waktu kau sulit.." Adakah itu tanda yang tidak kami sedari?

Kerap termenung sejak seminggu ini, meletak penama pada akaun KWSP, melarang isterinya mencabut uban dengan alasan jika mati akan bawa juga uban ke kubur, bercakap melalui telefon dengan pelbagai pesan selama lebih satu jam dengan anak sulungnya, Haziq sehari sebelum pemergian Abang Din, adakah itu tanda yang kami tidak fahami?

Allah S.W.T memberi peluang kepada sebuah keluarga menebus masa-masa lampau yang hilang dengan memberi peluang mereka bersatu dan saling membantu di saat akhir hidup seorang ahlinya. Alangkah cantiknya aturan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya. Membuang ralat di hati seorang ibu dan ayah kerana puas bersama anak tunggalnya.

Memberi rezeki turunnya jenazah di perjalan akhirnya dari rumah ayah bonda. Memberi rezeki tanah kubur di tempat seperti dihajatkan ayahnya. Memberi rezeki solat jenazah di masjid kerana ramainya yang menziarahi, tidak muat menampung solat di rumah.

Semoga perjuangan Abang Din diteruskan oleh anak-anaknya. Nyata rahmat Allah S.W.T itu amat besar disebalik setiap yang berlaku. Al-Fatihah...

Dedikasi buat keluarga Allahyarham Khairudin bin Abdul Muhaimin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Oktober 2011 bersamaan 19 Zulkaedah 1432H jam 2136 pada usia 42 tahun 10 bulan 9 hari akibat komplikasi jantung.

artikel iluvislam.com

WARKAH UNTUK KAMU



Jangan bodoh dan buta sombong


Assalamualaikum wbt, warkah ini dari anak muda Malaysia buat kepimpinan. Alhamdulillah kini dapat dilihat pencanggahan pendapat berlaku di Negara yang kita sayangi. Situasi ini begitu unik kerna ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia terutamanya kami (anak muda) semakin matang atas jasa dasar pendidikan yang diatur oleh kerajaan. Kami dihantar belajar sehingga peringkat tertinggi. Ilmu yang ditimba kini sudah mula diterjemahkan dengan menegakkan kebenaran dan meninggalkan kemungkaran.

Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan (1999) mendefinisikan pemimpin sebagai individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Definisi ini begitu mudah untuk difahami oleh setiap lapisan masyarakat dimana pemimpin itu memimpin rakyat mencapai matlamat. Sekiranya ini tidak berlaku adakah layak kamu sebagai pemimpin?

Anak muda sedar bahawa kami harus menghormati kepimpinan kerajaan, tetapi adakah kerajaan kini menghormati hak Rakyat? Dalam perlembagaan UMNO Fasal 3 menyatakan asas dan tujuan pernubuhan UMNO:

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Anak muda merasakan bahawa kepimpinan telah lari dari ASAS dan TUJUAN mereka sendiri. Jika dua aspek ini sudah tiada maka secara fitrahnya kamu hilang ‘title’ pemimpin.

Bagaimana kamu mempertahankan ISLAM sekiranya kamu menjauhinya. Luaran kamu sudah dinilai bercanggah dengan agama apatah lagi hati kamu. Penampilan pasangan hidup (Isteri) tidak langsung memberikan tauladan sebagai penampilan muslimah sejati. Apa sudah terjadi dengan zuriat-zuriat kamu yang menjadi tetamu kehormat pusat-pusat hiburan. Jika institusi keluarga di mana kuantiti yang minima dan hampir dengan kamu tidak mampu kamu pimpin, maka sememangnya kamu jahil bagi memimpin kami anak muda.

Mempertahankan keadilan rakyat menjadi wadah berikutnya, bagaimana ini kamu realisasikan jika rakyat tidak diperdulikan. Teguran anak muda diperlekehkan bagaikan dada kamu hanya dipenuhi dengan ILMU. Kamu menghunus keris ke langit serta melaungkan “HIDUP MELAYU” “TAK KAN HILANG MELAYU di DUNIA” dengan keris itu juga dihunus ke dada melayu dari belakang. Anak muda turun ke Kampung-kampung ekonomi melayu dan bumiputera masih di takuk lama dengan taraf hidup yang kian meningkat, kamu menyatakan ini pembelaan?

Bahasa ibunda anak muda adalah bahasa melayu, namun bahasa asing kamu jadikan sebagai pengantaraan dalam pembelajaran sains dan matematik dimana keputusan anak melayu merudum. Program-program formal juga tidak wajib menggunakan bahasa melayu. Anak Muda malu tatkala kamu tidak mengagungkan bahasanya di Negara sendiri.

Masih banyak persoalan yang mampu anak muda rungkaikan dengan ilmu dan fakta namun cukup setakat mengingatkan mereka pada asas dan tujuan pimpinan mereka. Anak muda menggunakan bahasa kerana sudah budaya melayu dimana bersopan santun dalam biadab. Sopan ini jangan dicabar, terbakar diri kami turuti. Anak muda berjuang bukan untuk diri tetapi untuk bakal zuriat-zuriat kami.

Pintu taubat masih terbuka buat kita, hidayah itu semestinya milik DIA. Hati itu permulaannya, mengapa takut mengaku jahil jika ilmu tidak sampai secubit. Anak muda rasa diperbodohkan. Masa kamu kian hamper kerna anak muda sudah mula berbisik, jika kemahuan anak muda tidak dituruti maka nantikan gelombang kami. Warkah ini bukan mencabar tetapi peringatan dari kami. Sekiranya ada rezeki kerajaan kini diganti, anak muda tetap tidak berdiam diri. PEMIMPIN itu kotakan janji, semoga ALLAH merahmati.

8-12-11

Thursday, September 22, 2011

WANITA UNTUK SUAMI...

WANITA UNTUK SUAMI by Sarah Adlina on Tuesday, 09 August 2011 at 11:35

cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia
..................................................................seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Sunday, August 21, 2011

Salah Adam... Kasihan Hawa...




Al-kisah seorang adam berkasih dengan hawa, perasaan sayang antara mereka sudah tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Telah lama kasih sayang ini ditaut dan disemarakan dengan keindahan tatkala bercinta. Bagi si ADam dan Hawa CINTA mereka umpama sungai neil, begitu indah dan tidak ada yang menghalang hubungan mereka. Mereka berjanji jika diizinkan yang maha Esa mereka mahu bersatu dengan ikatan yang halal dengan cara Islam iaitu perkahwinan.

Mereka keluar berdua-duaan,(berdating) menabur baja atas benih-benih cinta. Cinta yang dibajak kian membuahkan kasih sayang antara dua manusia yang berlainan jantina yang semestinya punya tarikan tersendiri. Sememangnya kasih sayang mereka tulus dari lubuk hati dengan izin Allah yang maha Esa. Perkataan 'I love U' dan 'Saya sayang awak' sentiasa tidak lupa diluahkan dari si Adam untuk Hawa mahupun dari Hawa untuk Adam. Ketika keluar bersama, tangan berpimpinan, mereka sudah seperti pasangan suami isteri.

Dengan izin yang Maha kuasa di Bulan yang mulia (Ramadhan) Si adam diberikan beribu kemusykilan, Bulan muhassabah, dimana manusia seharusnya menilai akhlak mereka sepanjang hidup di dunia.

Si adam mula bermonolog, Adakah benar yang aku lakukan? Adakah aku mengikut ajaran Islam sepenuhnya? Aku akui bahawa Allah itu tuhan yang satu dan Nabi muhammad itu Rasulnya,Aku solat 5x sehari, Aku tunaikan zakat, Kenapa diriku ini masih tidak tenang.? Ya Allah berapa lemah nya Hambamu ini...
Namun aku masih menghampiri maksiat...
Begitu halus Syaitan memperdayakan manusia ini, nafsu kadang-kadang menguasai diri.

Si Hawa adalah diantara wanita yang solehah dan dari keluarga yang baik. Hati wanita mana yang tidak lemah dek pujuk rayu dan janji manis si Adam disertakan pula dengan belaian mesra. Si Adam merasakan tidak salah dengan apa yang dilakukanya atas niatnya yang ikhlas akan memperisterikan si Hawa.

Adam kini Sedar bahawa perasaan kasih dan sayang yang ada harus berlandaskan Islam, Seharusnya si Adam sebagai khalifah di muka bumi ini memimpin si Hawa ke jalan yang benar iaitu Islam. Si Adam terlupa dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah, dia lalai dengan nikmat dunia. Si Adam kini memimpin tangan si Hawa ke neraka jahanam. Padahal Adam seharusnya membukakan pintu Syurga Allah buat Hawa untuk mereka langkah bersama dan menikmati nikmat yang hakiki.

Adam masih bermonolog, bagaimana setelah mereka mendirikan rumah tangga, adakah hubungan itu di rahmati oleh Yang Maha Penyanyang setelah apa yang mereka lakukan? Bagaimana zuriat mereka turut melakukan perkara yang sama dan apa yang hendak mereka perkatakan waris mereka? Sesungguhnya Jodoh pertemuan itu kuasa Allah S.W.T.

kasih sayang Si Adam untuk si Hawa adalah kurniaan Yang Maha mengasihani, tetapi si Adam menggunakan perasaan itu untuk jalan yang salah. Adam kini menyesal dan sedar dengan dosa yang telah dilakukan. Kini otak dan pemikiran adam mula menunjukan simpang-simpang (optional) yang boleh dilakukan agar dia dapat bersama dengan Hawa atas jalan Islam dan mendapat rahmat dari Allah.

Perkahwinan adalah penyelesaiannya, namun masih ada kekangan dunia yang masih tidak memahami perasaan dan masalah yang dihadapi. Namun, si Adam tetap mahu memperbetulkan kesalahannya ke atas si hawa, dia ingin menceritakan penyesalan ini pada si Hawa, Mereka berhubung dengan pengetahuan ibu bapa dan sekadar bertanya khabar. Bagaimana perasaan si Hawa setelah dimaklumkan? adakah si Hawa mampu menerimanya? Malah dia tidak tahu bagaimana untuk menyatakan pada si Hawa, ya Allah tunjukkanlah pada hamba mu ini...

Malah, si adam mahu meletakan jangka masa untuk mereka berkahwin, sekiranya si Adam masih tidak mampu mengambil Hawa sebagai isterinya yang sah maka si Adam redha sekiranya sudah bukan jodoh mereka. si Adam mahu dia dan Hawa memperbaiki segala kesalahan dan kemurkaan yang telah mereka lakukan dengan mendekatkan diri dengan ALLAH. Si adam mahu diri dia dan hawa diisi dan diteguhkan iman masing-masing sebelum mereka meneruskan hajat mereka sebelum bersatu. Dari titik penyesalan itu si Adam sentiasa mendoakan Allah memberikan pertunjuk untuk mereka dan semoga mereka dapat bersatu.




***Cinta manusia adalah untuk penciptanya iaitu ALLAH S.W.T.
***Segala yang berlaku atas ketentuan ALLAH dan ada hikmah disebaliknya.
***Sesuatu apabila dimulakan baru tahu kesudahannya.
***Ykin dan percaya dengan kekuasaan ALLAH.

Friday, August 5, 2011

KL gangster vs sarjan Hassan







Ini adalah filem-filem terbaru dikeluarkan oleh penerbit Malaysia. Filem-filem sering mendapat kutipan 'box office' di Malaysia. Cerita oleh pengarah-pengarah muda kini banyak membuka realiti kehidupan masyarakat Malaysia. Filem yang menayangkan kehidupan anak muda kota dan desa yang rosak sering ditonjolkan. Namun Filem sebegini yang digemari oleh penonton Malaysia.

Pembikin filem seharusnya tahu bahawa filem adalah diantara medium kuat dalam mempengaruhi penonton (rakyat. Banyak deria degunakan serentak apabila sedang menonton). sebagai contoh mata dan telinga. Sebenarnya filem memberi impak besar dalam mempengaruhi pemikiran penonton berbanding muzik dan pembacaan.

Namun,Filem Malaysia kini dilihat menuju kearah satu skop iaitu 'hiburan' semata-mata. Kita lihat disini kurangnya sensitiviti oleh pembikin filem di Malaysia. Apakah pembikin filem ini rasa sudah tiada tanggungjawab mereka terhadap masyarakat? Apa kesan yang mahu mereka tinggalkan dalam diri penonton?

Tidak dinafikan semua filem ini telah diselitkan dengan nilai-nilai murni namun kapasiti yang dimuatkan itu sememangnya kecil dan lebih kepada isi tersirat. Malah, ada sesetengah yang menonjolkan perkara negatif tetapi mahu memaparkan nilai-nilai positif pada penonton. Ini menyebabkan penonton keliru dan mengambil mudah motif yang hendak disampaikan dalam filem.

Terkenang akan filem sarjan hassan, ibu mertuaku dan kassim selamat dimana nilai-nilai positif jelas dipaparkan. Sememangnya Allahyarham P. Ramlee masih tiada pengganti.



Orang akan mengatakan kita kolot dan tak berani menerima perubahn. Kini sudah terbukti akan pengisian tidak kelihatan dalam filem karya anak-anak muda. Mereka gah mendapat kutipan berjuta tanpe mempeduli akan kesan terhadap penonton. Tapisan yang dilakukan sememangnya tiada berfungsi, sepatutnya FINAS megeluarkan garis panduan dan tegas agar masyarakat Malaysia mampu diselamatkan.

Teringat dahulu khusyuk menonton cerekaram dan sampai kini masih ditayangkan, jelas menunjukan penonton menerima filem atau drama yang mampu memberi impak positif. Tidak khairan la sekiranya filem dari seberang yang jelas memaparkan nilai-nilai murni dan membawa mesej pengajaran yang jelas, amat digilai oleh rakyat atau penonton dinegara ini.






Syabas diucapkan dengan pengkhsilan siri Nur Kasih. Filem-filem sebegini amat perlu untuk santapan jasmani dan rohani penonton. Namun, masih ada kekurangan yang harus diperbaiki dengan kajian yang lebih mendalam.

Lambakan cerita Tahyul kini dipasaran, cerita sebegini jelas memperbodohkan pemikiran penonton kerana kajian dilakukan seharusnya begitu mendalam kerana ia melibatkan AKIDAH umat Islam. Pengkarya seharusnya tidak mengambil enteng perihal ini.

Coretan ini hanya sekadar cuba membuka ruang agar kita berfikir bukan untuk memburukan industri namun untuk kesejahteraan dan agar kita tidak terlepas pandang akan kekurangan.

Tuesday, August 2, 2011

13 Aurat wanita,,,



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.



2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….



3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.



5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.



8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.



9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.



11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.





13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya



– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim–

Monday, August 1, 2011

Kerana Gula Habis...





1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Tebu adalah sejenis tanaman dimana jika di buat air sungguh lazat. Tebu byk dijual di gerai-gerai dan kedai-kedai makan. Tahukah anda bahawa tebu juga diproses untuk menghasilkan gula. Malaysia adalah sebuah Negara pertanian di mana bekalan dan pemprosesan itu dilakukan di Negara ini sendiri.

Manakah kewajaran kenaikan harga gula??? Adakah relevan dengan kenaikan Ron 97 dimana tidak digunakan oleh Lori-lori diesel sebagai bahan bakar dalam proses pengangkutan. Berikan penjelasan yang utuh kepada rakyat agar kami mampu menghormati barisan kepimpinan yang kini makin hilang kehormatan mereka.

Gula naik untuk mengurangkan subsidi, mengapa dikurangkan segala jenis subsidi untuk rakyat jika benar Malaysia kian maju menuju puncak??? Adakah subsidi itu mmg bukan hak rakyat??? Subsidi minyak sering dikurangkan, namun tiada pembangunan seperti cendawan tumbuh selepas hujan pun yang berlaku di Malaysia??? Namun kenaikan gula memang sudah dijangka dan dibuktikan tepat akan ramalan itu.

Siapakah yang akan menerima kesan dari kenaikan ini. Rakyat Malaysia kerana ia merupakan keperluan hidup seharian. Perniaga di mana akan menjejaskan perniagaan mereka. Rakyat yang bagaimana??? Adakah merka yang menaiki E200??? Atau bekereta kancil 650 tahun 2000???

Sekarang kita sudah di bulan ramadhan, maka selepas ini raya menjelma. Apakah kewajaran harga barangan seperti gula naik walaupun ia diletakan sebagai barang kawalan? Pemimpin perlu sedar, mereka perlu turun menghayati kehidupan rakyat. Pemimpin adalah wakil yang dipilih oleh rakyat, seharusnya mereka yang mencari apa masalah yang dihadapi oleh rakyat, disamping rakyat melaporkan di pusat masyarakat yang disediakan.

Kemana arah wang subsidi Negara ini digunakan? Kenapa ia dikatakan ada berlaku kebocoran? Penjelasan yang harus diberikan untuk rakyat? Adakah Negara kini menuju untuk menjadi sebuah Negara kapitalis? Gula naik lagi? Apakah langkah pemimpin bagi menangani? Apa sumbangan Tauke-tauke besar pada rakyat?

*Segala prosedur boleh diturutkan tapi tiada maklum balas diterima.
*Ingat apabila banyak persoalan yang tidak terjawab, maka sudah pasti “ANAK MUDA MALAYSIA” akan turun ke jalanan lagi.



Abang ini sedang menimbang gula pada hari Sabtu.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAaa...................

5 BONUS KHAS RAMADHAN



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a. w bersabda yang bermaksud : 'Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:

Bonus 1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi ALLAH
Bonus 2) Para Malaikat beristigfar untuk mereka sehingga mereka berpuasa
Bonus 3) ALLAH memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman:'Hampir-hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepada mu.'(Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat)
Bonus 4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramdhan
Bonus 5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Bagi bonus ke 5, ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w "ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?"

Baginda menjawab: "Bukan, tetapipelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selesai memenyelesaikan amalannya."(Riwayat Ahmad)



dipetik dari majalah Solusi edisi 34




Mari kita mengejar ganjaran yang dijanjikan, dan semoga ramadhan ini sebagai permulaan agar kita istiqamah untuk beribadah...
mudah-mudahan segala amlan kita diterima......

Sunday, July 31, 2011

Damai Hati dari Redup Pandangan...

BICARA YANG TIDAK MAMPU MENIPU





ni gambar di sabah



air terjun kubang gajah( belakang zoo negara)



Pantai bagan lalang



masa naik flight dapat plak duk tepi tingkap






Bukit broga 1st time pergi(pergi pastu xda rezeki tgk surise)



=ni gambar dari lensa kamera saya (digital kamera murah jer)
=hanya mahu dikongsi keindahan ciptaan Illahi
=jauh berjalan, luas permandangan
=Subhanallah
=Alhamdulillah
=Allahuakbar

Unggun Bersih...

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.

Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Bayarannya tidak penting...
Yang penting karya dikenali
karyanya dihayati...
Bangun "ANAK MUDA MALYSIA"

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID






=be End takut dengan bahasa
=be End menghancurkan bahasa
=be End terkena bisa bahasa
=be End jadi "the End"

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHaaaaa..........