Ini adalah filem-filem terbaru dikeluarkan oleh penerbit Malaysia. Filem-filem sering mendapat kutipan 'box office' di Malaysia. Cerita oleh pengarah-pengarah muda kini banyak membuka realiti kehidupan masyarakat Malaysia. Filem yang menayangkan kehidupan anak muda kota dan desa yang rosak sering ditonjolkan. Namun Filem sebegini yang digemari oleh penonton Malaysia.
Pembikin filem seharusnya tahu bahawa filem adalah diantara medium kuat dalam mempengaruhi penonton (rakyat. Banyak deria degunakan serentak apabila sedang menonton). sebagai contoh mata dan telinga. Sebenarnya filem memberi impak besar dalam mempengaruhi pemikiran penonton berbanding muzik dan pembacaan.
Namun,Filem Malaysia kini dilihat menuju kearah satu skop iaitu 'hiburan' semata-mata. Kita lihat disini kurangnya sensitiviti oleh pembikin filem di Malaysia. Apakah pembikin filem ini rasa sudah tiada tanggungjawab mereka terhadap masyarakat? Apa kesan yang mahu mereka tinggalkan dalam diri penonton?
Tidak dinafikan semua filem ini telah diselitkan dengan nilai-nilai murni namun kapasiti yang dimuatkan itu sememangnya kecil dan lebih kepada isi tersirat. Malah, ada sesetengah yang menonjolkan perkara negatif tetapi mahu memaparkan nilai-nilai positif pada penonton. Ini menyebabkan penonton keliru dan mengambil mudah motif yang hendak disampaikan dalam filem.
Terkenang akan filem sarjan hassan, ibu mertuaku dan kassim selamat dimana nilai-nilai positif jelas dipaparkan. Sememangnya Allahyarham P. Ramlee masih tiada pengganti.
Orang akan mengatakan kita kolot dan tak berani menerima perubahn. Kini sudah terbukti akan pengisian tidak kelihatan dalam filem karya anak-anak muda. Mereka gah mendapat kutipan berjuta tanpe mempeduli akan kesan terhadap penonton. Tapisan yang dilakukan sememangnya tiada berfungsi, sepatutnya FINAS megeluarkan garis panduan dan tegas agar masyarakat Malaysia mampu diselamatkan.
Teringat dahulu khusyuk menonton cerekaram dan sampai kini masih ditayangkan, jelas menunjukan penonton menerima filem atau drama yang mampu memberi impak positif. Tidak khairan la sekiranya filem dari seberang yang jelas memaparkan nilai-nilai murni dan membawa mesej pengajaran yang jelas, amat digilai oleh rakyat atau penonton dinegara ini.
Syabas diucapkan dengan pengkhsilan siri Nur Kasih. Filem-filem sebegini amat perlu untuk santapan jasmani dan rohani penonton. Namun, masih ada kekurangan yang harus diperbaiki dengan kajian yang lebih mendalam.
Lambakan cerita Tahyul kini dipasaran, cerita sebegini jelas memperbodohkan pemikiran penonton kerana kajian dilakukan seharusnya begitu mendalam kerana ia melibatkan AKIDAH umat Islam. Pengkarya seharusnya tidak mengambil enteng perihal ini.
Coretan ini hanya sekadar cuba membuka ruang agar kita berfikir bukan untuk memburukan industri namun untuk kesejahteraan dan agar kita tidak terlepas pandang akan kekurangan.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment