Al-kisah seorang adam berkasih dengan hawa, perasaan sayang antara mereka sudah tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Telah lama kasih sayang ini ditaut dan disemarakan dengan keindahan tatkala bercinta. Bagi si ADam dan Hawa CINTA mereka umpama sungai neil, begitu indah dan tidak ada yang menghalang hubungan mereka. Mereka berjanji jika diizinkan yang maha Esa mereka mahu bersatu dengan ikatan yang halal dengan cara Islam iaitu perkahwinan.
Mereka keluar berdua-duaan,(berdating) menabur baja atas benih-benih cinta. Cinta yang dibajak kian membuahkan kasih sayang antara dua manusia yang berlainan jantina yang semestinya punya tarikan tersendiri. Sememangnya kasih sayang mereka tulus dari lubuk hati dengan izin Allah yang maha Esa. Perkataan 'I love U' dan 'Saya sayang awak' sentiasa tidak lupa diluahkan dari si Adam untuk Hawa mahupun dari Hawa untuk Adam. Ketika keluar bersama, tangan berpimpinan, mereka sudah seperti pasangan suami isteri.
Dengan izin yang Maha kuasa di Bulan yang mulia (Ramadhan) Si adam diberikan beribu kemusykilan, Bulan muhassabah, dimana manusia seharusnya menilai akhlak mereka sepanjang hidup di dunia.
Si adam mula bermonolog, Adakah benar yang aku lakukan? Adakah aku mengikut ajaran Islam sepenuhnya? Aku akui bahawa Allah itu tuhan yang satu dan Nabi muhammad itu Rasulnya,Aku solat 5x sehari, Aku tunaikan zakat, Kenapa diriku ini masih tidak tenang.? Ya Allah berapa lemah nya Hambamu ini...
Namun aku masih menghampiri maksiat...
Begitu halus Syaitan memperdayakan manusia ini, nafsu kadang-kadang menguasai diri.
Si Hawa adalah diantara wanita yang solehah dan dari keluarga yang baik. Hati wanita mana yang tidak lemah dek pujuk rayu dan janji manis si Adam disertakan pula dengan belaian mesra. Si Adam merasakan tidak salah dengan apa yang dilakukanya atas niatnya yang ikhlas akan memperisterikan si Hawa.
Adam kini Sedar bahawa perasaan kasih dan sayang yang ada harus berlandaskan Islam, Seharusnya si Adam sebagai khalifah di muka bumi ini memimpin si Hawa ke jalan yang benar iaitu Islam. Si Adam terlupa dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah, dia lalai dengan nikmat dunia. Si Adam kini memimpin tangan si Hawa ke neraka jahanam. Padahal Adam seharusnya membukakan pintu Syurga Allah buat Hawa untuk mereka langkah bersama dan menikmati nikmat yang hakiki.
Adam masih bermonolog, bagaimana setelah mereka mendirikan rumah tangga, adakah hubungan itu di rahmati oleh Yang Maha Penyanyang setelah apa yang mereka lakukan? Bagaimana zuriat mereka turut melakukan perkara yang sama dan apa yang hendak mereka perkatakan waris mereka? Sesungguhnya Jodoh pertemuan itu kuasa Allah S.W.T.
kasih sayang Si Adam untuk si Hawa adalah kurniaan Yang Maha mengasihani, tetapi si Adam menggunakan perasaan itu untuk jalan yang salah. Adam kini menyesal dan sedar dengan dosa yang telah dilakukan. Kini otak dan pemikiran adam mula menunjukan simpang-simpang (optional) yang boleh dilakukan agar dia dapat bersama dengan Hawa atas jalan Islam dan mendapat rahmat dari Allah.
Perkahwinan adalah penyelesaiannya, namun masih ada kekangan dunia yang masih tidak memahami perasaan dan masalah yang dihadapi. Namun, si Adam tetap mahu memperbetulkan kesalahannya ke atas si hawa, dia ingin menceritakan penyesalan ini pada si Hawa, Mereka berhubung dengan pengetahuan ibu bapa dan sekadar bertanya khabar. Bagaimana perasaan si Hawa setelah dimaklumkan? adakah si Hawa mampu menerimanya? Malah dia tidak tahu bagaimana untuk menyatakan pada si Hawa, ya Allah tunjukkanlah pada hamba mu ini...
Malah, si adam mahu meletakan jangka masa untuk mereka berkahwin, sekiranya si Adam masih tidak mampu mengambil Hawa sebagai isterinya yang sah maka si Adam redha sekiranya sudah bukan jodoh mereka. si Adam mahu dia dan Hawa memperbaiki segala kesalahan dan kemurkaan yang telah mereka lakukan dengan mendekatkan diri dengan ALLAH. Si adam mahu diri dia dan hawa diisi dan diteguhkan iman masing-masing sebelum mereka meneruskan hajat mereka sebelum bersatu. Dari titik penyesalan itu si Adam sentiasa mendoakan Allah memberikan pertunjuk untuk mereka dan semoga mereka dapat bersatu.
***Cinta manusia adalah untuk penciptanya iaitu ALLAH S.W.T.
***Segala yang berlaku atas ketentuan ALLAH dan ada hikmah disebaliknya.
***Sesuatu apabila dimulakan baru tahu kesudahannya.
***Ykin dan percaya dengan kekuasaan ALLAH.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment