Jangan bodoh dan buta sombong
Assalamualaikum wbt, warkah ini dari anak muda Malaysia buat kepimpinan. Alhamdulillah kini dapat dilihat pencanggahan pendapat berlaku di Negara yang kita sayangi. Situasi ini begitu unik kerna ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia terutamanya kami (anak muda) semakin matang atas jasa dasar pendidikan yang diatur oleh kerajaan. Kami dihantar belajar sehingga peringkat tertinggi. Ilmu yang ditimba kini sudah mula diterjemahkan dengan menegakkan kebenaran dan meninggalkan kemungkaran.
Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan (1999) mendefinisikan pemimpin sebagai individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Definisi ini begitu mudah untuk difahami oleh setiap lapisan masyarakat dimana pemimpin itu memimpin rakyat mencapai matlamat. Sekiranya ini tidak berlaku adakah layak kamu sebagai pemimpin?
Anak muda sedar bahawa kami harus menghormati kepimpinan kerajaan, tetapi adakah kerajaan kini menghormati hak Rakyat? Dalam perlembagaan UMNO Fasal 3 menyatakan asas dan tujuan pernubuhan UMNO:
FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Anak muda merasakan bahawa kepimpinan telah lari dari ASAS dan TUJUAN mereka sendiri. Jika dua aspek ini sudah tiada maka secara fitrahnya kamu hilang ‘title’ pemimpin.
Bagaimana kamu mempertahankan ISLAM sekiranya kamu menjauhinya. Luaran kamu sudah dinilai bercanggah dengan agama apatah lagi hati kamu. Penampilan pasangan hidup (Isteri) tidak langsung memberikan tauladan sebagai penampilan muslimah sejati. Apa sudah terjadi dengan zuriat-zuriat kamu yang menjadi tetamu kehormat pusat-pusat hiburan. Jika institusi keluarga di mana kuantiti yang minima dan hampir dengan kamu tidak mampu kamu pimpin, maka sememangnya kamu jahil bagi memimpin kami anak muda.
Mempertahankan keadilan rakyat menjadi wadah berikutnya, bagaimana ini kamu realisasikan jika rakyat tidak diperdulikan. Teguran anak muda diperlekehkan bagaikan dada kamu hanya dipenuhi dengan ILMU. Kamu menghunus keris ke langit serta melaungkan “HIDUP MELAYU” “TAK KAN HILANG MELAYU di DUNIA” dengan keris itu juga dihunus ke dada melayu dari belakang. Anak muda turun ke Kampung-kampung ekonomi melayu dan bumiputera masih di takuk lama dengan taraf hidup yang kian meningkat, kamu menyatakan ini pembelaan?
Bahasa ibunda anak muda adalah bahasa melayu, namun bahasa asing kamu jadikan sebagai pengantaraan dalam pembelajaran sains dan matematik dimana keputusan anak melayu merudum. Program-program formal juga tidak wajib menggunakan bahasa melayu. Anak Muda malu tatkala kamu tidak mengagungkan bahasanya di Negara sendiri.
Masih banyak persoalan yang mampu anak muda rungkaikan dengan ilmu dan fakta namun cukup setakat mengingatkan mereka pada asas dan tujuan pimpinan mereka. Anak muda menggunakan bahasa kerana sudah budaya melayu dimana bersopan santun dalam biadab. Sopan ini jangan dicabar, terbakar diri kami turuti. Anak muda berjuang bukan untuk diri tetapi untuk bakal zuriat-zuriat kami.
Pintu taubat masih terbuka buat kita, hidayah itu semestinya milik DIA. Hati itu permulaannya, mengapa takut mengaku jahil jika ilmu tidak sampai secubit. Anak muda rasa diperbodohkan. Masa kamu kian hamper kerna anak muda sudah mula berbisik, jika kemahuan anak muda tidak dituruti maka nantikan gelombang kami. Warkah ini bukan mencabar tetapi peringatan dari kami. Sekiranya ada rezeki kerajaan kini diganti, anak muda tetap tidak berdiam diri. PEMIMPIN itu kotakan janji, semoga ALLAH merahmati.
8-12-11
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
bajet revolusi bermula dari anda?pack ur stuff n go 2 hell
Post a Comment