BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 21, 2011

Salah Adam... Kasihan Hawa...




Al-kisah seorang adam berkasih dengan hawa, perasaan sayang antara mereka sudah tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Telah lama kasih sayang ini ditaut dan disemarakan dengan keindahan tatkala bercinta. Bagi si ADam dan Hawa CINTA mereka umpama sungai neil, begitu indah dan tidak ada yang menghalang hubungan mereka. Mereka berjanji jika diizinkan yang maha Esa mereka mahu bersatu dengan ikatan yang halal dengan cara Islam iaitu perkahwinan.

Mereka keluar berdua-duaan,(berdating) menabur baja atas benih-benih cinta. Cinta yang dibajak kian membuahkan kasih sayang antara dua manusia yang berlainan jantina yang semestinya punya tarikan tersendiri. Sememangnya kasih sayang mereka tulus dari lubuk hati dengan izin Allah yang maha Esa. Perkataan 'I love U' dan 'Saya sayang awak' sentiasa tidak lupa diluahkan dari si Adam untuk Hawa mahupun dari Hawa untuk Adam. Ketika keluar bersama, tangan berpimpinan, mereka sudah seperti pasangan suami isteri.

Dengan izin yang Maha kuasa di Bulan yang mulia (Ramadhan) Si adam diberikan beribu kemusykilan, Bulan muhassabah, dimana manusia seharusnya menilai akhlak mereka sepanjang hidup di dunia.

Si adam mula bermonolog, Adakah benar yang aku lakukan? Adakah aku mengikut ajaran Islam sepenuhnya? Aku akui bahawa Allah itu tuhan yang satu dan Nabi muhammad itu Rasulnya,Aku solat 5x sehari, Aku tunaikan zakat, Kenapa diriku ini masih tidak tenang.? Ya Allah berapa lemah nya Hambamu ini...
Namun aku masih menghampiri maksiat...
Begitu halus Syaitan memperdayakan manusia ini, nafsu kadang-kadang menguasai diri.

Si Hawa adalah diantara wanita yang solehah dan dari keluarga yang baik. Hati wanita mana yang tidak lemah dek pujuk rayu dan janji manis si Adam disertakan pula dengan belaian mesra. Si Adam merasakan tidak salah dengan apa yang dilakukanya atas niatnya yang ikhlas akan memperisterikan si Hawa.

Adam kini Sedar bahawa perasaan kasih dan sayang yang ada harus berlandaskan Islam, Seharusnya si Adam sebagai khalifah di muka bumi ini memimpin si Hawa ke jalan yang benar iaitu Islam. Si Adam terlupa dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah, dia lalai dengan nikmat dunia. Si Adam kini memimpin tangan si Hawa ke neraka jahanam. Padahal Adam seharusnya membukakan pintu Syurga Allah buat Hawa untuk mereka langkah bersama dan menikmati nikmat yang hakiki.

Adam masih bermonolog, bagaimana setelah mereka mendirikan rumah tangga, adakah hubungan itu di rahmati oleh Yang Maha Penyanyang setelah apa yang mereka lakukan? Bagaimana zuriat mereka turut melakukan perkara yang sama dan apa yang hendak mereka perkatakan waris mereka? Sesungguhnya Jodoh pertemuan itu kuasa Allah S.W.T.

kasih sayang Si Adam untuk si Hawa adalah kurniaan Yang Maha mengasihani, tetapi si Adam menggunakan perasaan itu untuk jalan yang salah. Adam kini menyesal dan sedar dengan dosa yang telah dilakukan. Kini otak dan pemikiran adam mula menunjukan simpang-simpang (optional) yang boleh dilakukan agar dia dapat bersama dengan Hawa atas jalan Islam dan mendapat rahmat dari Allah.

Perkahwinan adalah penyelesaiannya, namun masih ada kekangan dunia yang masih tidak memahami perasaan dan masalah yang dihadapi. Namun, si Adam tetap mahu memperbetulkan kesalahannya ke atas si hawa, dia ingin menceritakan penyesalan ini pada si Hawa, Mereka berhubung dengan pengetahuan ibu bapa dan sekadar bertanya khabar. Bagaimana perasaan si Hawa setelah dimaklumkan? adakah si Hawa mampu menerimanya? Malah dia tidak tahu bagaimana untuk menyatakan pada si Hawa, ya Allah tunjukkanlah pada hamba mu ini...

Malah, si adam mahu meletakan jangka masa untuk mereka berkahwin, sekiranya si Adam masih tidak mampu mengambil Hawa sebagai isterinya yang sah maka si Adam redha sekiranya sudah bukan jodoh mereka. si Adam mahu dia dan Hawa memperbaiki segala kesalahan dan kemurkaan yang telah mereka lakukan dengan mendekatkan diri dengan ALLAH. Si adam mahu diri dia dan hawa diisi dan diteguhkan iman masing-masing sebelum mereka meneruskan hajat mereka sebelum bersatu. Dari titik penyesalan itu si Adam sentiasa mendoakan Allah memberikan pertunjuk untuk mereka dan semoga mereka dapat bersatu.




***Cinta manusia adalah untuk penciptanya iaitu ALLAH S.W.T.
***Segala yang berlaku atas ketentuan ALLAH dan ada hikmah disebaliknya.
***Sesuatu apabila dimulakan baru tahu kesudahannya.
***Ykin dan percaya dengan kekuasaan ALLAH.

Friday, August 5, 2011

KL gangster vs sarjan Hassan







Ini adalah filem-filem terbaru dikeluarkan oleh penerbit Malaysia. Filem-filem sering mendapat kutipan 'box office' di Malaysia. Cerita oleh pengarah-pengarah muda kini banyak membuka realiti kehidupan masyarakat Malaysia. Filem yang menayangkan kehidupan anak muda kota dan desa yang rosak sering ditonjolkan. Namun Filem sebegini yang digemari oleh penonton Malaysia.

Pembikin filem seharusnya tahu bahawa filem adalah diantara medium kuat dalam mempengaruhi penonton (rakyat. Banyak deria degunakan serentak apabila sedang menonton). sebagai contoh mata dan telinga. Sebenarnya filem memberi impak besar dalam mempengaruhi pemikiran penonton berbanding muzik dan pembacaan.

Namun,Filem Malaysia kini dilihat menuju kearah satu skop iaitu 'hiburan' semata-mata. Kita lihat disini kurangnya sensitiviti oleh pembikin filem di Malaysia. Apakah pembikin filem ini rasa sudah tiada tanggungjawab mereka terhadap masyarakat? Apa kesan yang mahu mereka tinggalkan dalam diri penonton?

Tidak dinafikan semua filem ini telah diselitkan dengan nilai-nilai murni namun kapasiti yang dimuatkan itu sememangnya kecil dan lebih kepada isi tersirat. Malah, ada sesetengah yang menonjolkan perkara negatif tetapi mahu memaparkan nilai-nilai positif pada penonton. Ini menyebabkan penonton keliru dan mengambil mudah motif yang hendak disampaikan dalam filem.

Terkenang akan filem sarjan hassan, ibu mertuaku dan kassim selamat dimana nilai-nilai positif jelas dipaparkan. Sememangnya Allahyarham P. Ramlee masih tiada pengganti.



Orang akan mengatakan kita kolot dan tak berani menerima perubahn. Kini sudah terbukti akan pengisian tidak kelihatan dalam filem karya anak-anak muda. Mereka gah mendapat kutipan berjuta tanpe mempeduli akan kesan terhadap penonton. Tapisan yang dilakukan sememangnya tiada berfungsi, sepatutnya FINAS megeluarkan garis panduan dan tegas agar masyarakat Malaysia mampu diselamatkan.

Teringat dahulu khusyuk menonton cerekaram dan sampai kini masih ditayangkan, jelas menunjukan penonton menerima filem atau drama yang mampu memberi impak positif. Tidak khairan la sekiranya filem dari seberang yang jelas memaparkan nilai-nilai murni dan membawa mesej pengajaran yang jelas, amat digilai oleh rakyat atau penonton dinegara ini.






Syabas diucapkan dengan pengkhsilan siri Nur Kasih. Filem-filem sebegini amat perlu untuk santapan jasmani dan rohani penonton. Namun, masih ada kekurangan yang harus diperbaiki dengan kajian yang lebih mendalam.

Lambakan cerita Tahyul kini dipasaran, cerita sebegini jelas memperbodohkan pemikiran penonton kerana kajian dilakukan seharusnya begitu mendalam kerana ia melibatkan AKIDAH umat Islam. Pengkarya seharusnya tidak mengambil enteng perihal ini.

Coretan ini hanya sekadar cuba membuka ruang agar kita berfikir bukan untuk memburukan industri namun untuk kesejahteraan dan agar kita tidak terlepas pandang akan kekurangan.

Tuesday, August 2, 2011

13 Aurat wanita,,,



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.



2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….



3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.



5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.



8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.



9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.



11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.





13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya



– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim–

Monday, August 1, 2011

Kerana Gula Habis...





1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Tebu adalah sejenis tanaman dimana jika di buat air sungguh lazat. Tebu byk dijual di gerai-gerai dan kedai-kedai makan. Tahukah anda bahawa tebu juga diproses untuk menghasilkan gula. Malaysia adalah sebuah Negara pertanian di mana bekalan dan pemprosesan itu dilakukan di Negara ini sendiri.

Manakah kewajaran kenaikan harga gula??? Adakah relevan dengan kenaikan Ron 97 dimana tidak digunakan oleh Lori-lori diesel sebagai bahan bakar dalam proses pengangkutan. Berikan penjelasan yang utuh kepada rakyat agar kami mampu menghormati barisan kepimpinan yang kini makin hilang kehormatan mereka.

Gula naik untuk mengurangkan subsidi, mengapa dikurangkan segala jenis subsidi untuk rakyat jika benar Malaysia kian maju menuju puncak??? Adakah subsidi itu mmg bukan hak rakyat??? Subsidi minyak sering dikurangkan, namun tiada pembangunan seperti cendawan tumbuh selepas hujan pun yang berlaku di Malaysia??? Namun kenaikan gula memang sudah dijangka dan dibuktikan tepat akan ramalan itu.

Siapakah yang akan menerima kesan dari kenaikan ini. Rakyat Malaysia kerana ia merupakan keperluan hidup seharian. Perniaga di mana akan menjejaskan perniagaan mereka. Rakyat yang bagaimana??? Adakah merka yang menaiki E200??? Atau bekereta kancil 650 tahun 2000???

Sekarang kita sudah di bulan ramadhan, maka selepas ini raya menjelma. Apakah kewajaran harga barangan seperti gula naik walaupun ia diletakan sebagai barang kawalan? Pemimpin perlu sedar, mereka perlu turun menghayati kehidupan rakyat. Pemimpin adalah wakil yang dipilih oleh rakyat, seharusnya mereka yang mencari apa masalah yang dihadapi oleh rakyat, disamping rakyat melaporkan di pusat masyarakat yang disediakan.

Kemana arah wang subsidi Negara ini digunakan? Kenapa ia dikatakan ada berlaku kebocoran? Penjelasan yang harus diberikan untuk rakyat? Adakah Negara kini menuju untuk menjadi sebuah Negara kapitalis? Gula naik lagi? Apakah langkah pemimpin bagi menangani? Apa sumbangan Tauke-tauke besar pada rakyat?

*Segala prosedur boleh diturutkan tapi tiada maklum balas diterima.
*Ingat apabila banyak persoalan yang tidak terjawab, maka sudah pasti “ANAK MUDA MALAYSIA” akan turun ke jalanan lagi.



Abang ini sedang menimbang gula pada hari Sabtu.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAaa...................

5 BONUS KHAS RAMADHAN



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a. w bersabda yang bermaksud : 'Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:

Bonus 1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi ALLAH
Bonus 2) Para Malaikat beristigfar untuk mereka sehingga mereka berpuasa
Bonus 3) ALLAH memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman:'Hampir-hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepada mu.'(Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat)
Bonus 4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramdhan
Bonus 5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Bagi bonus ke 5, ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w "ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?"

Baginda menjawab: "Bukan, tetapipelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selesai memenyelesaikan amalannya."(Riwayat Ahmad)



dipetik dari majalah Solusi edisi 34




Mari kita mengejar ganjaran yang dijanjikan, dan semoga ramadhan ini sebagai permulaan agar kita istiqamah untuk beribadah...
mudah-mudahan segala amlan kita diterima......