Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
Berlainan bagi perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Jika seorang isteri berbuat baik kepada suaminya, pahala akan dapat kepadanya dan jika berbuat yang tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan?
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa seorang lelaki lebih pendek daripada perempuan, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa yang terpaksa ditanggung.
Wanita, auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya, tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita - ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat lelaki - suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatan.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Sayangnya Allah pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya istimewa di sisi Allah. Kerana itu Dia mengangkat lelaki menjadi pemimpin. Maka, dengan keistimewaan itu, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-Nya
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment