pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah
Dr MAZA,
160211
Wednesday, February 23, 2011
BICARA BUAT SEORANG SULTAN (buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
Posted by AHBAR at 11:12 PM 0 comments
Labels: sajak
Jawapan anak muda kepada Tun Dr M
Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M.
Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya.
Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kami pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kami tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.
Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru.
Usia kami jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun.
Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.
Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.
Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam.
Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan?
Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan semua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.
Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ia tidak lengkap. Kami sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya.
Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.
Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya.
Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'.
Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.
Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini?
Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara?
Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional?
Sewaktu berlakunya tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu?
Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita.
Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara?
Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.
Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini.
Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan Uumno yang semakin rapuh.
Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'.
Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia.
Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.
Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah.
Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara.
Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru.
Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau.
Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.
Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua.
Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.
Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.
Posted by AHBAR at 11:10 PM 0 comments
Thursday, February 17, 2011
SAPE YANG KAYA....???
Post Last Edit by AbangNun at 17-2-2011 12:19
Aku perasan..rupanya ada dapat untung besar dari saman yang PDRM kuarkan...tengok fakta nombor 7
KENYATAAN MEDIA OLEH YB. DATO’ HAJI MAHFUZ OMAR, (Pengerusi Jawatankuasa Kempen anti Saman Ekor – KASE) selepas mengedar Risalah Membantah Swasta Saman Ekor di Plaza Tol Plus, Sungai Besi.
SAMAN EKOR DAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010
1) Hari ini 01/02/2011 adalah tarikh penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 22/12/2010 yang lepas. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor – KASE berpendapat pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini tidak menyelesaikan masalah yang berbangkit malah ia lebih banyak menimbulkan persoalan dan masalah-masalah lain.
2) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini dengan jelas membuktikan bahawa tuntutan KASE selama ini agar Kerajaan melalui PDRM dan JPJ menghapuskan saman ekor tertunggak dan menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah benar.
3) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 telah memasukkan takrif “imej yang dirakam” dan mengguna-pakai “imej yang dirakam” sebagai bukti prima facie di Mahkamah. Ini bermaksud semua gambar yang diambil semasa PDRM menjalankan operasi saman ekor tidak boleh digunakan sebagai bukti di Mahkamah sebelum pindaan Akta ini. Justeru tindakan PDRM mempertahankan saman ekor bahawa mereka mempunyai bukti kesalahan adalah tidak terpakai seterusnya tindakan JPJ menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor adalah menyalahi peruntukkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
4) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini telah memperkenalkan beberapa peruntukkan baru yang tidak dihebahkan dan dimaklumkan kepada rakyat secara terperinci. Rakyat atau pengguna jalanraya akan terkesan secara langsung dengan peruntukkan-peruntukkan baru ini tetapi mereka tidak dimaklumkan dan hebahan tentang penguatkuasaannya juga tidak dibuat secara menyeluruh.
5) Peruntukkan-peruntukkan baru yang mula dikuatkuasakan hari ini (01/02/2011) diantaranya ialah :
a. JPJ dan PDRM berkuasa untuk menguatkuasakan peruntukkan Akta ini di atas mana-mana jalan termasuk jalan persendirian. Ini bermaksud pihak berkuasa boleh menguatkuasakan undang-undang sehingga ke pintu rumah rakyat. Ini boleh dianggap menceroboh hak peribadi rakyat dan harta persendirian. Apa rasionalnya diluaskan kuasa mereka ini? Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata bahawa ini dilakukan bagi membolehkan siasatan dan tuntutan insurans dibuat jika kemalangan berlaku di jalan persendirian. Persoalannya ialah Akta Insurans tidak dipinda bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat kerana insurans tidak melindungi apa-apa kermalangan yang berlaku di jalan persendirian.
Timbalan Ketua Pengarahn JPJ, Datuk Ismail Ahmad, dalam kenyataan akhbarnya pada 10/01/2011 berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
6) Selain itu Akta ini juga memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik – AES iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak (mobile) untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.
7) Kementerian Pengangkutan melalui Timbalan Menterinya menyebut di dalam Dewan Rakyat bahawa dua (2) syarikat telah diberikan hak pengendalian sistem ini iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini akan mendapat pulangan 35% daripada setiap 5 juta saman yang dikeluarkan manakala Kerajaan mendapat 65% pulangan. Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalulintas di bawah Akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalulintas diswastakan oleh Kerajaan?
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri juga menyatakan tindakan memberikan hak pengendalian AES ini kepada syarikat swasta kerana Kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang kos. Adakah kenyataan ini benar? Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan pada 25/03/2010 dalam kenyataan medianya berkata mulai bulan Mac 2010 JPJ telah memasang kamera pengesan automatik di 831 lokasi di seluruh negara yang berupaya mengesan kesalahan lalulintas selama 24 jam tanpa henti. Katanya lagi sebanyak 566 buah kamera berfungsi sebagai pengesan had laju, 256 kamera di lampu isyarat manakala 250 kamera bergerak (mobile).
9) Persoalannya, jika Kementerian menyatakan Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos, apa berlaku kepada 1072 kamera ini? Kamera ini telah dibeli dan dipasang pada Mac 2010. Adakah kedua-dua syarikat tadi akan mengambil alih semua 1072 kamera ini? Jika betul, ini bermakna syarikat tidak mengeluarkan apa-apa modal sebaliknya hanya mengambil alih harta kerajaan yang diperolehi menggunakan wang rakyat. Jika syarikat tidak mengambil alih 831 kamera ini, apa kegunaan 1072 kamera yang dibeli oleh JPJ ini? Jika tidak digunakan sudah tentu ianya suatu pembaziran wang rakyat.
10) Justeru hari ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor – KASE sekali lagi mendesak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan menghapuskan semua saman ekor yang lama yang tidak boleh dikuatkuasakan melalui Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan memulakan dengan proses penguatkuasaan yang baru melalui Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini. Seterusnya KASE menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk KASE bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalulintas dan kos-kos yang terlibat agar setiap wang rakyat digunakan demi kebaikan rakyat dan bukannya syarikat-syarikat kroni.
YB DATO’ HAJI MAHFUZ OMAR
Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor – KASE
01/02/2011
Kredit to http://jiwokelate.wordpress.com/2011/02/02/kempen-bantah-swasta-saman-ekor/
Posted by AHBAR at 12:24 AM 0 comments
Tuesday, February 15, 2011
BULAN MENTARI...
Terbitnya mentari pagi,
Memberi seribu keindahan,
Membawa sejuta kegembiraan,
Begitulah aku bersamamu,
Senyumanmu harapanku,
Tangisanmu dukaku,
Tatkala di pesisir pantai,
Terpukau aku akan alunan ombak,
Seperti merestui cinta antara kita,
Kau dan Aku,
Menjadi saksi benamnya metari senja,
Yang cuba mencuri keindahan cinta kita,
Maka gelap gelita dunia,
Bagiku...
Kau umpama bulan purnama,
Menyerikan hatiku,
Menerangi kegelapanku,
Kau dan Aku akan bersatu,
Menari-nari ke puncak bahgia,
Itulah doaku pada yang Esa.
AHBAR 16 Feb 2011 340AM
Posted by AHBAR at 11:28 PM 0 comments
Labels: sajak
Aku dan Kau berbeza...
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
Berlainan bagi perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Jika seorang isteri berbuat baik kepada suaminya, pahala akan dapat kepadanya dan jika berbuat yang tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan?
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa seorang lelaki lebih pendek daripada perempuan, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa yang terpaksa ditanggung.
Wanita, auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya, tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita - ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat lelaki - suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatan.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Sayangnya Allah pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya istimewa di sisi Allah. Kerana itu Dia mengangkat lelaki menjadi pemimpin. Maka, dengan keistimewaan itu, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-Nya
Posted by AHBAR at 11:19 PM 0 comments
Labels: bunga ku
Friday, February 11, 2011
Sayangmu Untukkku...
Aku merasa....
Namun,Apa yang aku rasa,
Menggugat pemikiranku,
Hanya kerna ujianmu,
aku begini,
Bagai hujan tatkala senja,
Hampir menitis air mata ini,
Terasa terhina diri ini,
Tak mampu menanggung dugaan
Sekecil ini,
Ya ALLAH...
Kekuatan yang ku pinta,
Kerna ku tahu,
Makin berat ujian mu,
Makin tinggi kasih sayangmu untuk ku.
AHBAR 12 Feb., 2011
Posted by AHBAR at 1:33 PM 0 comments
Labels: sajak
Thursday, February 10, 2011
KEPASTIAN
Siang tak semestinya cerah.
Malam tak sentiasa gelap,
Tiada apa yang kita tahu,
Bila sungai akan berhenti mengalir,
Kemana tiupan angin dibawa pergi,
Dia mengetahui segalanya,
Dia juga yang mengatur kejadian,
Mengapa dia tidak berkehendak untuk
Kita mengetahuinya?
Sedarkah manusia Dia sedang berbicara,
Dia menguji kamu,
Tatkala mentari melabuhkan tirai,
Tiada tahu kemunculannya,
Pohon yang tumbuh menyubur,
Belum tentu berbuah lagi,
Menunggulah dengan penuh harapan,
Disinilah tahap keimanan,
Ketaqwaan perlu ditingkatkan,
Manusia itu sendiri dijadikan berpasangan,
Namun siapa gerangan pasangannya?
Sedarlah manusia insan yang lemah,
Banyak persoalan yang tidak terungkai,
Jawapan tidak pula disimpulkan,
Semua kejadian atas kehendaknya,
Hanya dua sahaja yang dijanjikan,
Pahala untuk kebaikan,
Dosa untuk kemungkaran,
Janji ini yang pasti...
AHBAR
9 JUNE 2009
Posted by AHBAR at 11:19 AM 0 comments
Labels: sajak
MAHASISWA vs POLITIK
Apa relevannya melarang seorang mahasiswa yang dikatakan sbgi bakal pemimpin negara berpolitik??? memeang ini topik yang sudah lama dipertikaikan, namun apa tindakan kerajaan. Mereka masih meninggalkan tanpa sebarang tanda tanya yang pasti mereka melupakan masa depan hanya mengenang sejarah.
Memang dahulu sejarah telah menyetujui undang-undang ini namun adakah kita kini masih di tahun 1969??? Apakah peranan belia buat negara kita tidak di hargai?
Malaysia dikatakan sedang menuju zaman demokrasi maju di mana harus mempunyai atau pun membentuk ciri-ciri sebuah negara maju. Kerajaan perlu menerima hakikat bahawa belia kini telah matang pada kendirinya. Mereka harus di ajar dari awal bagi mampu memilih jalan kebenaran.
Apabila rang undang-undang ini di gantung tanpa di ketahui akan akar umbinya, maka keluar la tomahan dan tekaan yang kurang enak. Umum hanya mengetahui perarakan mahasiswa terbesar ketika DSAI menjadi mpp di universiti, dimana mempertahankan nasib pelajar2 desa yang miskin. Adakah ini yang di takuti oleh Kerajaan??? Kalo tidak dipetik, gitar tak akan berbunyi.
Mahasiswa merupakan rakyat Malaysia yang sah, dimana setiap undi mereka adalah sah. Namun, pertikaiannya mengapa mereka dilarang berpolitik, malahan di Universiti-universiti tempatan juga terdapatnya pilihan raya kampus dan ia menunjukkan kematangan dan menghormati antara satu sama lain. Sekiranya mahasiswa ini dibenarkan berpolitik, saya percaya sedikit sebanyak mampu mematangkan pesada politik negara di mana kini masih seperti Fun Fair. Bukan YB yang ada skrg ni tak bagus namun sekiranya ada generasi yang mampu memimpin dari awal maka kematangan itu mudah direalisasikan.
Dari pemerhatian kita semua, apabila lambat menceburi bidang politik( selepas tamat pengajian) maka ramai tokoh-tokoh ini mula mencari jalan singkat sejajar dengan umur yang kian meningkat. Disini la bermula budaya yang tidak elok iaitu me-lobby, malah ada yang mengatakan perlu ada cable yang kuat. Budaya yang wujud ini menyebabkan gejala yang lain mengekorinya seperti gejala rasuah dan pecah amanah.
Percayalah bahawa Mahasiswa adalah 'educated people' di mana mereka tidak mudah melatah sekiranya sesuatu itu tidak lagi jelas. Ini adalah jasa dari pendidikan yang diberikan. Namun permasalahan ini bukan kerna mahasisma mampu berpolitik, tapi adkah Kerajaan itu sendiri percaya pada sisitem pendidikan negara ini yang membentuk keperibadian Mahasiswa.
Posted by AHBAR at 1:09 AM 0 comments
Labels: politik
Khadijah Srikandi Kesayangan Rasulullah
Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah [B]rahsia besar yang tidak boleh diceritakan[/B] kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan [B]sibuk menceritakan hal keluarga[/B] termasuk bersifat peribadi dan rahsia.
Siti Khadijah [B]meminta izin kepada suaminya[/B] untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh [B]memburukkan lagi keadaan antara suami isteri[/B] yang bermasalah tadi.
Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail [B]hanya kepada orang yang layak[/B] dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah:
1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
2. Tidak terburu-buru dan panik.
3. Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.
[B]Menjejaki Jejak Khadijah[/B]
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan daripada kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita, iaitu Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Kedua wanita itu [B]berdiri di belakang dakwah Islamiah[/B], mendukung dan bekerja keras dalam menyampaikan Islam. Oleh disebabkan itu, Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Dia adalah [I]Ummul Mukminin[/I], sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah [B]wanita pertama yang beriman[/B] kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Allah. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga.
[B]Peri hidupnya harum[/B], kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, walhal di hadapan kita ada wanita terbaik di dunia, Khadijah binti Khuwailid, [I]Ummul Mukminin[/I] yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan pendiriannya serta membenarkannya. Khadijah [B]mendahului semua orang dalam beriman kepada Allah[/B], dan membantu baginda serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga.
Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tidak ada kepayahan.
[I](Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")[/I]
Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia [B]berdiri di belakang suami [/B]dan nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi [B]teladan tertinggi bagi para wanita[/B].
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta [I]Khulafa' Rasyidin[/I]. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung dakwah selepas itu. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan [B]nikmat Allah[/B]
[B]yang besar[/B] bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu yang susah, membantunya dalam menyampaikan al-Quran, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya [B]dengan jiwa dan hartanya[/B].
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."
[I](Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)[/I]
Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?" Khadijah berkata, "Tiada apa-apa lagi, [B]jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah[/B]." [I]Subhanallah[/I]... sungguh hebat perjuangan para sahabat baginda dan [I]Ummul Mukminin[/I] untuk memperjuangankan Islam. [B]Adakah kita sanggup berkorban seperti mereka pada masa kini?[/B] Renung-renungkan...
[I]- [/I][LINK=/index.php]Artikel iluvislam.com[/LINK]
Posted by AHBAR at 12:53 AM 0 comments
Peter Sanders - Dari Mata Lensa ke Mata Hati
Fotografi vs Perubatan, bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan.
Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu.
Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu.
Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi.
Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.
Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak 'passionate' dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang.
Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.
Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri 'from scratch' melalui internet dan majalah-majalah fotografi.
Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.
Bak kata pepatah inggeris, [B]'A picture paints a thousand words'[/B].
Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit.
Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu.
Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.
[LARGE]Kisah di Sebalik Lensa[/LARGE]
Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialah Peter Sanders.
Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam.
Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.
[LARGE]Siapa Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem?[/LARGE]
Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu.
Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.
"Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things.
I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher.
Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'.
I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim.
Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.
I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it.
I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj.
I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too.
Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way."
Conversion: Islam the Growing Religion
[LARGE]Dari Mata Lensa ke Mata Hati[/LARGE]
Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang 'westerner'.
Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.
Menurut Peter atau Abdul Adzeem, 'Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer.
Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya.
Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya."
[LARGE]Fotografi dan Islam[/LARGE]
Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan.
Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim.
Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer.
Malah beliau membawa Islam bersama.
Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb/Sheikh Muhammad Abduh \[jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat tentang istilah 'Islam tanpa Muslim' dan 'Muslim tanpa Islam'.
Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.
Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer.
Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari.
Kebanyakannya (tidak semua) tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah 'lali'.
Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan 'telanjang' yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.
Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini.
Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini.
Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.
[LARGE]The Art of Integration[/LARGE]
Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan.
Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.
Wallahua'lam..
- [LINK=/index.php]Artikel iluvislam.com[/LINK]
Posted by AHBAR at 12:34 AM 0 comments
Labels: education
Friday, February 4, 2011
MESIR ooo MESIR.....
setiap hari d dada akhbar memaparkan cerita mengenai perkembangan d Mesir. keadaan pelajar-pelajar kte d sana. Namun adakah kita tahu kenapa berlakunya keadaan seperti itu d Mesir??? Adkah kte mengambil iktibar dr kejadian ini??? Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan untuk saudara kita di sana dan hasilnya akan membawa kebaikan buat semua.
mari kte berfikir sejenak, kerna d setiap kejadian pasti ad sebab dan hiknah ats keperilakuan itu. Mengapa rakyat berhimpun beramai2 untuk menunjukan ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan? percaya lah, kerajaan yg dipimpin oleh pemimpin yg menjaga kebajikan rakyat sudah pasti dpt mengelakan perihal seperti ini berlaku. Rakyat mahukan pemimpin yg dpt menjamin ms dpn anak cucu mereka. Sebuah negara yg bgs adlh negara yg kaya ekonominya dan jenayah berkurangan. Pemimpin yang hanya mengejar kekayaan mereka tanpa memperdulikan hal ehwal rakyat menyebabkan ramai terlibat dgn kancah jenayah.
Rakyat Mesir mahu menunjukan betapa besarnya kuasa rakyat, d mana kerajaan itu d pilih oleh rakyat untuk mentadbir negara atas jln yang benar. Suara rakyat harus didengar tanpa mengira darjat atau pangkat. Sebagai sebuah negara Islam seharusnya pemipin mempunyai kredetibility sebagai seorang mukmin sejati, d mana mereka harus mengikut Rasullulah sebagai idola mereka. Apabila kita menjadikan islam ke tempat kedua d bawah dunia maka tidak sempurnalah kehidupan ini. Sesungguhnya manusia mudah lupa apabila berada dalam keadaan selesa.
Kita umat akhir zaman telah mengetahui sejarah d mana kepimpinanan Rasullulah SAW dan khulafa' al-rasyidin semasa pemerintahan mereka. Bagaimana akhlak mereka sebagai seorang pemimpin Islam. Perasaan takut kepada ALLAH yg membuatkan mereka menjadi seorang pemimpin yang beriman. Sikap mereka yang mendahulukan rakyat dari diri sendir patut d contohi oleh kita umat manusia. Malah, ketegasan mereka dalam mempertahankan yang hak dan batil itu juga perlu ad dlm diri pemimpin itu sendiri.
Seorang pemimpin seharusnya berilmu untuk d jadikan panduan dlm kepimpinan berliau dan dapat menggunakan ilmu dlm kepimpinannya. Bayangkan botol yang kosong apabila d tiup angin, tiudak mampu mempertahankan diri ini kan pula org lain.
Saya telah menyatakan hal kepimpinan di atas kerana saya merasakan ini adalah punca sebenar kejatuhan kebanyakan negara Islam di samping hasad dengkit musuh Islam laknatullah. Kepimpinan yang bagus mampu membawa rakyat bersama-sama mereka untuk mempertahankan Islam dan negara. Sekiranya kita mempunyai pemimpin seperti ini nescaya kte akan d di hormati oleh barat.
bagaimana dengan rakyat, apa tugas kita sebagai rakyat yang duduk d bawah kepimpinan Islam??? apa kata kita mulakan dengan diri kita. dimana kedudukan kita sebagai seorang muslim, soalan ini seharusnya sentiasa berada dalam diri kita. Kita seharusnya berada d landasan Islam yang menghampirkan kita dengan ALLAH. Jika setiap mukmin mampu meningkatkan diri mereka nescaya kita akan jadi seperti lidi apabila dikumpulkan maka sukar untuk d patahkan. Barulah uamt Islam itu menjadi kuat dan tidak akan d tindas.
Apa kenamengena keadaan d mesir dan negara kita??? Persamaannya kita adlh salah satu negara Islam, Namun adkah kita membawa Islam itu bersama dalam kehidupan kita??? Bagaimana pemimpin kita mengamalkan akhlak seperti khulafa' al-rasyidin??? Kita tidak mahu negara kita jadi seperti Mesir, namun apa yg harus kita lakukan???
Renungkan fikirkan dan sedarlah....
Posted by AHBAR at 6:56 AM 0 comments
Labels: kata hati