BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 18, 2011

Panduan memulakan perniagaan




Kalau di tanya pada setiap orang, pastinya kita amat berminat dengan perniagaan. Lebih2 lagi perniagaan itu adalah dari hasil titik peluh sendiri. Namun bagi memulakan perniagaan memerlukan pengatahuan dan perancangan yang rapi, dapatlah perniagaan kita ini semakin berkembang dan maju setiap hari, masa, waktu dan selama2nya. Di bawah ini aku sediakan di antara faktor2 panduan memulakan perniagaan yang patut dipertimbangkan apabila kita ingin memulakan sesebuah perniagaan.

Pendaftaran Perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan kita perlulah memastikan perniagaan bahawa perniagaan itu telah didaftarkan disamping memastikan segala lesen dan permit yang berkaitan telah diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti2 lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Lesen dan Permit
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Kita perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan masing2.

Francais
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais
Sistem francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang di mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais kita perlu mendaftar dengan Pendaftaran Francais, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penyediaan Pelan Perniagaan
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk memulakan sesuatu jenis perniagaan. Lebih baik lagi jika kita mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebayakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau ‘business plan’. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran kewangan secara tunai oleh sesebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun yang mendatang (Pelan Jangka Panjang). Ramai peniaga kita salah faham dengan aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka adalah kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita mesti tetap memerlukan pelan perniagaan.

Pencukaian
Di negara Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai2 yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

Pengurusan Kewangan
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin2 tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber2 pendapatan serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah atau manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen2 kewangan yang mampu diselesaikan.

Apa sekali pun yang penting kita hendaklah juga perlu mengenal pasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai dan kalau boleh ianya benar2 sesuai.

harizhazlan.com

0 comments: