BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011

Damai Hati dari Redup Pandangan...

BICARA YANG TIDAK MAMPU MENIPU





ni gambar di sabah



air terjun kubang gajah( belakang zoo negara)



Pantai bagan lalang



masa naik flight dapat plak duk tepi tingkap






Bukit broga 1st time pergi(pergi pastu xda rezeki tgk surise)



=ni gambar dari lensa kamera saya (digital kamera murah jer)
=hanya mahu dikongsi keindahan ciptaan Illahi
=jauh berjalan, luas permandangan
=Subhanallah
=Alhamdulillah
=Allahuakbar

Unggun Bersih...

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.

Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Bayarannya tidak penting...
Yang penting karya dikenali
karyanya dihayati...
Bangun "ANAK MUDA MALYSIA"

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID






=be End takut dengan bahasa
=be End menghancurkan bahasa
=be End terkena bisa bahasa
=be End jadi "the End"

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHaaaaa..........

Malaysia Prime Minister



Prime Minister of Malaya / Malaysia
31st August 1957 - 22nd September 1970





Prime Minister of Malaysia
22nd September 1970 - 14th January 1976




Prime Minister of Malaysia
15th January 1976 - 16th July 1981




Prime Minister of Malaysia
16th July 1981 - 31st October 2003



Prime Minister of Malaysia
31st October 2003 - 3rd April 2009








The new prime minister of Malaysia
it will be end!!!
HAHAHAHA............ HAHAHAHA.....

JUST REMEMBER SATURDAY....
DONT FORGET THE STURDAY...
YOUR RESPOSIBLE ON SATURDAY...


WEAR THIS..........




IF YOU AFRAID TO WEAR THIS...




LET THEM KNOW WHO THE "ANAK MUDA MALAYSIA"

Saturday, July 30, 2011

AHLAWASAHLAN YA RAMADHAN...





Ramadhan makin menghampiri...
Inilah bulan dinanti...
Bersama perbaiki diri...
Mesti hampiri Illahi...
Agar selamat ditempat hakiki...


=Banyakkan ibadah, masa untuk kita berubah...
=Lakukan kebajikan, tinggalkan keburukan...

Akta Keganasan Putih???




Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang[perlu rujukan] termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu rujukan]

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Sejarah

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah tetapi sebaliknya tahanan mempunyai hak representasi di hadapan Lembaga Penasihat yang diwujudkan dibawah Perlembagaan Persekutuan

Perundangan

Relevant sections of the legislation are as follows:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Penahanan

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

60 hari pertama

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Penyeksaan

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Pembebasan


Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio.



=Akta ini yang dikatakan keganasan putih
=Akta ini sebenarnya wajar, namun kini disalah gunakan oleh kerajaan.
=Akta ini digunakan disebuah "role model" negara ISLAM
=Akta ini yang menindas rakyat sendiri.
=Akta ini dipegang oleh "keris"
=Akta ini memperlekehkan hak manusia
=Akta ini perlu dikaji.
=Akta ini ......................................................
=Akta ini ......................................................
=Akta ini ......................................................
=Akta ini ......................................................


kamu rakyat malysia seharusnya faham, apa Akta ini ........
Atau kamu mahu tunggu sehingga keluarga kamu terkena ...........
Fikirkan kamu....







opsss.... yang kat bwh ni pakai senyap... jgn bg tau org plak... hahahaahaha

Friday, July 29, 2011

Kuning OIt kuning !!!!


kalo rakyat 1malaysia kena angkat pg balai la....


Adik.. jgn pki ini kaler la adik... kasi pki hijau putih polis xlda angkat pg balai sana....


ntah Laki PM kte pki mcm ni yg rege dia 74 juta




agak2 la der... apasal lu kecoh... buat perhimpunan "haram"... pastu buat tuntutan byk2 plak... der, lu sape der... rakyat Malaysia je der... Kalo lu duk satu table pun sape nk dgr sama lu der... Ar sabtu lu g dpn TV, lu tgk Berita lg baik der, br dpt tau perkembangan Kerajaan 1 Malaysia...


woit... xkan la nk jd anak muda 10 thn lps... xkan kte nk angguk jwb "iye betul.." "iye baik.." Der, kamon r der, kalo xdpt tender xkan r xda rezeki lain, mmgla xkaya beraya...
der udah r 2... xkan la mengkome sume nk duk umah jer??? kalo tkt nk pki bj kuning bese ar sabtu... cbe g beli jersy malaysia, kte pki rmi2... der, 8 permintaan salah satu ada minta najib sembelih rosmah ke der??? yang elok der.... cbe, Pak Monggol kuar TV "saya berjanji 8 permintaan ini sebenarnya telah dilakukan dan akan diterjemahkan dalam PRU akan dtg.." kompom der, suma akan senyap, juz wait n see than.. Ini Pak Monggol sibuk kuar negara jer... g jd taiko ker??? g Jd ALONG maa...

Bulan Pose ni... ar sabtu kte g bukak pose rmi2 pki bj kunung r.. amacam??? mcm menarik jer... tp kul 7 lbey r der... jgn kul 12 plak...

Der... lu syg Malaysia, waa pun syg gak... bak kata nabil, Lu pikirla sendiri...

Monday, July 18, 2011

Panduan memulakan perniagaan




Kalau di tanya pada setiap orang, pastinya kita amat berminat dengan perniagaan. Lebih2 lagi perniagaan itu adalah dari hasil titik peluh sendiri. Namun bagi memulakan perniagaan memerlukan pengatahuan dan perancangan yang rapi, dapatlah perniagaan kita ini semakin berkembang dan maju setiap hari, masa, waktu dan selama2nya. Di bawah ini aku sediakan di antara faktor2 panduan memulakan perniagaan yang patut dipertimbangkan apabila kita ingin memulakan sesebuah perniagaan.

Pendaftaran Perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan kita perlulah memastikan perniagaan bahawa perniagaan itu telah didaftarkan disamping memastikan segala lesen dan permit yang berkaitan telah diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti2 lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Lesen dan Permit
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Kita perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan masing2.

Francais
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais
Sistem francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang di mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais kita perlu mendaftar dengan Pendaftaran Francais, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penyediaan Pelan Perniagaan
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk memulakan sesuatu jenis perniagaan. Lebih baik lagi jika kita mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebayakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau ‘business plan’. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran kewangan secara tunai oleh sesebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun yang mendatang (Pelan Jangka Panjang). Ramai peniaga kita salah faham dengan aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka adalah kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita mesti tetap memerlukan pelan perniagaan.

Pencukaian
Di negara Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai2 yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

Pengurusan Kewangan
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin2 tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber2 pendapatan serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah atau manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen2 kewangan yang mampu diselesaikan.

Apa sekali pun yang penting kita hendaklah juga perlu mengenal pasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai dan kalau boleh ianya benar2 sesuai.

harizhazlan.com

Sunday, July 17, 2011

Aku diajar...

Mata ku buka dari lena,
Melihat indahnya tanah airku,
Tangan ku tadahkan,
Memohon pada yang Esa,
Agar ini mampu dirasai oleh anak cucu ku,

Ketika sekolah aku diajar,
Biru lambang perpaduan,
Merah tanda keberanian,
Putih itu kesucian,
Kuning bukti kedaulatan,
Empat warna diadunkan.
Adakah ia sebati?
Mulut mengatakan sayang,
Namun hati itu yang utama,
Tidak perlu ditanya,
Jawapannya hakiki,
Aku sayang negaraku,

Ketika disekolah aku diajar,
Aku ini pemuda Negara,
Pemudi itu pula tiangnya,
Pemuda itu harapan bangsa,
Aku bakal memimpin Negara,

Seperti kain yang putih,
Aku dicorakkan disini,
Mengapa bila aku mahu bangkit,
Aku dihalang oleh mereka yang mengajar aku,
Walhal aku mempertahankan Negara tercinta,
Ambil yang jernih,
Buang yang keruh,
Jangan jadi seperti lembu ditusuk hidungnya,
Ungkapan ini yang mereka ajar padaku,

Ketika disekolah aku diajar,
Membezakan yang batil dan yang haq,
Kini, praktiknya terbatas,
Undang-undang seperti boneka,
Benang-benang dikawal oleh tangan,
Wahai pemuda dan pemudi Negara,
Pahitnya hempedu dicuci dengan ilmu,
Jangan menanti pelangi muncul dikala senja tatkala renyai dipagi.

18/7/2011

Saturday, July 16, 2011

DEMOKRASI???




Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

1) Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
2) Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
3)Rakyat diberi hak mengundi
4) Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
5)Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
7) Kebebasan persatuan
8)Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
9) Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.