ni accident tragis yg berlaku d jln smpg pulai- cameron highland...
mmg dasyat gak... kalo tgk kt paper... takziah buat keluarga mangsa...
kemalangan mmg kte bkn sengaja... tp moga suma ini jd pedoman buat kte...
berhati2 d jalan raye....
Wednesday, December 22, 2010
ACCIDENT
Posted by AHBAR at 7:20 AM 0 comments
Monday, December 20, 2010
hmmmmm......
if someone knoe how miss the mountain...
i love 2 spend the time w u guys.....
but...
i tried to be patient.. could i???
i hope the r suthing i could do...
juz pray 2 god that i will joins u........
sob3x...
Posted by AHBAR at 7:51 AM 0 comments
Labels: kata hati
Thursday, December 16, 2010
paper vs komik....
HAHAHAHA ak bce kosmo ar ni.....
bce tajuk jer ak dh gelak... HAHAHAHAHAHAHAHA
biar betul???? ni MALAYSIA ker???
HAHAHAHAHAHAHAAHAH....
sape tls artikel ni???
pergh 2 nk angkat pki kren 2.... tp dh smpi thp mual ak bce...
WEKKK!!!!
pastu ckp rakyat kurg membaca... ap yg tgl tuk d bce..????
yg blh mematangkan...HAHAHAHAHAHAHA same je dh ngan bce komik
Oit... MALAYSIA DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YG CEKAP....
HAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHAHAHAHa
btl3x.....!!!
tp cekap bahagian ap x tau....
tp org dh ckp dh,sepandai tupai melompat akhirnye jatuh ke LUBAng gak....
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA
Sapu duit rakyat????
Tipu rakyat???
Nk ubah rakyat??? (dorg duk mcm 2 gak...)
adeh sakit dh pankreas ak... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
1-MALAYSIA... = SAPU SUMA MELAYU,CINA & INDIA)
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA
oIT... insaflah...
HAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAhAHAHahAHAAAAA>!!!!!!!!!!!!!!
Posted by AHBAR at 12:48 AM 0 comments
Sunday, December 5, 2010
Saturday, December 4, 2010
sape nk ikut???
Assalamualaikum....
Aku ad la terbaca artikel yg mengenai pakaian, hiburan, politik, dan agama. apa yg menariknye kt cni... suma ni berkait dgn masyarakat kte skrg,jd ak nk share la pendapat aku kt cni... bernas ke x terpulang dan kekurangan harap d maafkan.
tuk first part ni kte cerita la psl artis dan hiburan. Agak2 kalo korg duk umah korg buat pe ea?? salah satu aktiviti ak rs mesti menonton tv. maka blh d kata kn 90% drpd kte akan menoonton tv setiap hari untuk berhibur. Namun ap kah hiburan yg d paparkan d televisyen ini sesuai dgn masa kini, budaya??? pengisian ini penting untuk penonton,sape plak yg duk pilih ap yg sesuai utk kte, jd pihak televisyen perlu tahu tanggungjawb mereka kn kn...???
pastu nk cte pasal artis ni... ak bkn pe, lantak korg la nk pki pe pn ms berlakon, maybe korg blh kasi alasan nk menjiwai watak, tp ms korg ngah x belakon??? awat la angpa duk pki bj yg ketat2, jarang2 n singkat2... duit byk dh,kalo nk kata x mampu... ak nk ckp lbey2 mmg bkn ak baik sgt, tp kdg2 otak fikiran ak selalu berfikir, artis ni mmg blh tiap ar ad je kte tgk dlm tv... so kalo dh tiap ar dh kena suap budaya pemakaian mcm ni, mmg rmi duk ikut... dosa maybe share r kut, (itu kena tanya yg lebih tau..) Pas2 ak terpikir, kalo korg dh ad anak mcm mana ea??? dpt lak gurl, ms dia dh baligh, cmne nk suh dia pakai pakaian yg menutup aurat, (ala mak dulu pki lg dasyat dr ni xpe plak...???) Yg lg x tahan, pelakon2 tua ni yg lg lbey2, pki bj nk nmpk spare tyr, rambut nk kaler bkn main ag... nenek blh ea buat warna rambut mcm 2?? ap ea korg nk jwb kalo cucu tanya mcm 2...Pas2 cte artis kena tangkap khalwat, ape dorg duk kt LA,UK, hollywood, bollywood??? (kalo membe bapak ak dh lama suh g JPN tukar ISLAM 2..) Mmg sbnrnye individu yg tentukn dirinye, masyarakat kte ni mudah terpengaruh dgn ap yg dia percaya tanpe nk pkir pjg. jd kte sbgi salah seorang dr masyarakat perlu pikir ap kte nk kena buat@tanggungjawab...
"ak lama dh x dpt lubang ni..." "ala setakat nasi lemak 50 sen..." "bil air abg pun mmg lama dh tertunggak ni..." agak2 mana ak dpt suma ni??? haaa.. pandai, filem malaysia(melayu). Agak2 sape yg phm ayat2 mcm ni angkat tgn.... cehh..!!! apsal filem perlu benda2 ni??? kerajaan dh ad keterbukaan, nk tunjuk reality, nk tarik remaja, nk menang award... keterbukaan korg pkir sendiri kang ak kena ISA plak haahhaa, yg nk tunjuk realiti negative ni wat mende le... kome rs kalo bdk 5 thn tgk ultraman dia ikut tak ultraman 2 silang tgn tembak raksasa??? penonton ni sama je mcm dak kecik, kte pki sume deria kte ms menonton, nk xnk ad gak melekat skit pd diri, so ap kata kalo kte bohong ckit tunjuk plak aksi yg positif dr aksi berahi... hehehe. Kecoh psl buang anak, dh korg buat cte bohsia, anak halal, remp-it.... bkn la nk ckp ni punca utama tp slh satu, dlm cte ni tunjuk kebebasn hubgn lelaki n gurl yg bkn mahram... peluk laki perempuan benda bese mcm x slh plak, psl 2 dh ad video dak melayu cium molot kt tepi jln jer der...
Pastu islamac fesyen, mcm yg kerajaan ke ap yg buat ak pun x pasti, tp ak tau rosmah ad kt c2... ni nk slh kn sape ea??? kte cte psl pereka fesyen r dulu... pereka fesyen ni ad lulusan ap??? ak bkn la nk suh dorg g blaja syariah or usuludin, tp dalami r cara pemakaian dlm Islam, terutama pakaian pompuan... yg basicnye, menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, tak jarang sehingga menampakan bentuk tubuh, x ketat (x menampakkan bentuk tubuh... ni yg aku tau..(blaja ms kt skola rendah ag...) cbe r ikut ciri2 asas ni dulu... yg kerajaan pn satu... kerajaan Islam... pemimpin pompuan n bini2 pemimpin cbe r berpakaian yg mengikut ciri2 yg d ajarkan oleh Islam... agak2 pakai selendang jambul tekeluar, kain nk terbelah smpi peha.
ok r 2 saje je nk leppaskn pendpat agar x serabut jiwa raga.. cheppp... ni ak tulis ringan2 coz biar kte pkir sama2... nk tulis secar mendalam sgt pun kang smpi blh buat buku ilmiah, berat kepala otak anda... kalo ad x betul mmg sory, tp ini la derain dari ku...
bersambung...
Posted by AHBAR at 4:11 AM 0 comments
Labels: bunga ku
Thursday, December 2, 2010
Pakaian Muslimah Bertaqwa
Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah
Apabila ditanya kepada seorang aktivis wanita Islam ala Barat: “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa!”, merujuk kepada ayat 26 surah al-A’raaf:
“Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
Memandangkan sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang, maka apa yang dipakai pada jasmaninya tidak perlu dipersoalkan.
Kefahaman seperti ini memang merupakan asas kepada aliran Islam Liberal dalam bab berpakaian. Kita menjawab, benar bahawa sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang. Akan tetapi bagi manusia, apa yang terletak pada rohaninya akan terpancar pada jasmaninya. Orang yang memiliki rohani yang bertaqwa akan terpancar pada jasmaninya sifat-sifat yang membuktikan ketaqwaan tersebut. Sebagai contoh, orang yang bertaqwa akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tepat lagi benar, selari dengan ketaqwaannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat lagi benar.” [al-Ahzab 33:70]
Demikian juga kaitannya antara rohani yang bertaqwa dan pakaian jasmani seorang muslimah. Ketaqwaan seorang muslimah akan menyebabkan jasmaninya terpancar dengan pakaian yang ciri-cirinya menepati perintah larangan Allah dan Rasul-Nya. Adapun pakaian yang belum menepati ciri-ciri tersebut, maka mungkin ia disebabkan oleh tahap ketaqwaan yang rendah. Mungkin juga, ia disebabkan kejahilan atau salah faham dalam mengetahui apakah ciri-ciri tersebut. Risalah ini insya-Allah akan memberi tumpuan kepada kemungkinan kedua. Kita mulakan dengan ciri-ciri yang pertama:
Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
Ciri pertama pakaian muslimah yang bertaqwa adalah pada tujuannya, iaitu ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4029]
Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa dilarang meraih dua bentuk kemasyhuran dalam berpakaian, yang pertama adalah memakai pakaian yang baik demi menarik perhatian orang atau keduniaan, yang kedua adalah memakai pakaian yang buruk demi menarik perhatian kepadanya. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra – hadis no: 6102 dengan sanad yang lemah, dikemukakan sebagai penjelas dalam bab ini]
Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Kita umat Islam dilarang daripada menyerupai kaum bukan Islam dan ini termasuklah dalam ciri-ciri berpakaian. Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiallahu 'anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis 2077].
Terdapat beberapa sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menyerupai kaum bukan Islam dalam apa jua bentuk penampilan jasmani:
1. Penampilan jasmani mencerminkan identiti seseorang, sekali gus mencerminkan apa yang dibanggakannya. Justeru itu kita jarang-jarang melihat orang bukan Islam ingin berpakaian seperti orang Islam, disebabkan kebanggaan mereka dalam memelihara identiti tersendiri dan pandangan mereka yang hina kepada Islam. Sebaliknya kita melihat orang Islam suka berpakaian seperti orang bukan Islam, malah berbangga-bangga dengan pakaian tersebut. Ini amat menggembirakan orang bukan Islam kerana ia menandakan betapa umat Islam memandang hina terhadap diri sendiri dan mencari kemuliaan di sisi mereka.
2. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang menjalin perhubungan di antara dua orang yang saling tidak berkenalan. Contohnya dua orang polis daripada lokasi yang berlainan, apabila berjumpa di satu tempat akan saling menegur. Faktor yang menggerakkan perhubungan antara mereka adalah pakaian seragam yang hampir mirip. Demikian juga, apabila dua orang muslimah yang tidak saling mengenali berjumpa, faktor yang akan menghubungkan mereka adalah pakaian bercirikan Islam yang mereka kenakan.
3. Penampilan jasmani mencerminkan kecenderungan hati kepada apa yang diminati dan dikasihinya. Orang yang minat kepada pasukan bolasepak pilihannya akan gemar untuk memakai baju jersi pasukan tersebut. Orang yang kasih kepada penyanyi tertentu akan berusaha untuk berfesyen sebagaimana penyanyi tersebut. Demikian juga, seorang muslimah yang cenderung kepada orang bukan Islam akan cenderung untuk berpakaian seperti mereka. Kecenderungan seperti ini adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” [al-Mujadilah 58:22]
4. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan. Contohnya, orang yang mengenakan pakaian para ahli ilmu akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang ilmuan. Orang yang mengenakan pakaian ketenteraan akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang tentera. Demikian juga, seorang muslimah yang mengenakan pakaian orang bukan Islam akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak seperti orang bukan Islam. Ini akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke dalam akhlak dan perbuatan yang lazim dilakukan oleh orang bukan Islam yang sebenarnya haram di sisi Islam.
Oleh itu hendaklah seorang muslimah berusaha menjauhkan diri daripada berpenampilan seperti orang bukan Islam. Dalam suasana globalisasi sekarang ini, perintah ini adakalanya sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. Maka laksanakanlah sekadar mampu, lakukanlah perbezaan sekalipun dengan kadar yang minima.
Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki.
Selain daripada pakaian yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 5885]
Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, sebahagian daripada peranan kaum lelaki adalah tidak sesuai dengan fizikal kaum wanita sehingga akhirnya menimbulkan mudarat kepadanya.
Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.” [Diriwayatkan al-Thabarani dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah (Dar al-Salam, 2002), ms. 125]
Maksud Rasulullah dalam hadisnya di atas adalah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka di sebaliknya. Justeru sekalipun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis.
Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah memberikan sehelai pakaian Quthbiyah yang tebal kepada sahabatnya, Usamah bin Zaid radhiallahu 'anh. Usamah kemudiannya memakaikannya kepada isterinya. Melihat yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan kepada beliau:
“Suruhlah beliau memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya.” [Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi, sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani di dalam al-Tsamar al-Mustathab fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab (Muassasah Ghiras, Kuwait, 1422H), jld. 1, ms. 318]
Perhatikan bahawa sekalipun pakaian Qubthiyah adalah tebal, Rasulullah tetap menyuruh agar dipakai baju dalam di sebaliknya. Hal ini mungkin disebabkan oleh saiz badan isteri Usamah yang besar atau sifat pakaian Quthbiyah yang mudah melentur mengikuti bentuk badan orang yang memakainya. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan di luar, pakaian yang longgar atau pakaian yang diperbuat daripada kain yang tidak mudah mengikut bentuk badan.
Ciri Keenam: Tidak mengenakan wangian pada pakaian.
Dilarang bagi seorang muslimah untuk sengaja memakai wangi-wangian agar dapat dihidu oleh kaum lelaki. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]
Larangan ini tidak membezakan sama ada wangian tersebut dikenakan di atas badan atau pakaian. Dikatakan “penzina” adalah kerana wangi-wangian yang dikenakan oleh wanita adalah salah satu faktor yang menaikkan berahi kaum lelaki sehingga akhirnya menyebabkan perzinaan, sama ada secara rela atau paksa. Walaubagaimanapun hadis ini tidaklah melarang seorang muslimah daripada menjaga dirinya daripada berbau busuk. Oleh itu dibolehkan, malah dianjurkan, untuk menjaga keharuman diri dengan sabun mandian atau semburan badan yang bersifat menahan peluh (anti perspirant) atau bau busuk (deodorant).
Ciri Ketujuh: Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” [al-Nur 24:31]
Terdapat beberapa penjelasan yang penting daripada ayat di atas:
Pertama:
Firman Allah: “…katakanlah…” bukanlah bererti ia adalah satu suruhan yang sunat atau ringan hukumnya, tetapi suruhan yang membawa kepada perintah wajib. Ini sebagaimana firman Allah: “Katakanlah: (Tuhanku) ialah Allah Yang Satu.” [al-Ikhlas 112:1]. Ayat ini tidaklah bererti mengesakan Allah sebagai Tuhan yang Satu adalah sunat kerana mengesakan Allah sebagai Tuhan yang Satu adalah kewajipan agama yang paling asas.
Kedua:
Firman Allah: “…kepada wanita-wanita yang beriman…” menunjukkan bahawa perintah ini ditujukan kepada semua wanita beriman tanpa membezakan tempat dan zaman. Ini membatalkan dakwaan Islam Liberal yang menganggap pakaian yang menutupi badan hanya untuk wanita yang hidup 1400 tahun yang lalu di padang pasir.
Ketiga:
Firman Allah: “…janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka…” adalah satu larangan yang bersifat umum, bererti seorang muslimah dilarang daripada memperlihatkan tubuh badan mereka. Ini kerana tubuh badan wanita adalah satu “perhiasan” yang istimewa dan apa jua perhiasan yang memiliki nilai yang tinggi maka lazimnya ia tertutup demi memelihara keistimewaannya. Perhatikan bagaimana emas dan berlian tertutup di bawah tanah, mutiara tertutup dalam cengkerangnya di dalam lautan dan minyak tertutup di dalam lapisan bumi. Perhatikan juga bahawa di antara deria-deria manusia seperti mata, telinga dan hidung, hanya mata yang memiliki kelopak yang menutupinya manakala deria lain dibiarkan terdedah. Ini tidak lain menunjukkan bahawa mata adalah deria yang paling istimewa sehingga perlu ditutupi.
Selain itu seorang muslimah yang “menutup perhiasan” badannya akan mudah dikenali sebagai wanita yang baik dan lebih terpelihara daripada gangguan orang lain. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab 33:59]
Keempat:
Keumuman larangan di atas telah diberikan pengecualian, iaitu dengan firman Allah: “…kecuali yang zahir daripadanya.” Terdapat dua kefahaman di kalangan para ilmuan Islam tentang apa yang dimaksudkan dengan pengecualian di atas:
1. Yang dimaksudkan dengan “zahir” adalah bentuk badan seorang wanita dimana sekalipun dengan pakaian yang menutupi keseluruhan badan dan muka, seorang wanita tetap dapat dikenali disebabkan oleh susuk badan mereka. Maka ini dikecualikan kerana ia adalah sesuatu yang memang sukar untuk dielakkan. Berdasarkan kefahaman ini, ayat 31 surah al-Nisaa’ dijadikan dalil bahawa seorang muslimah wajib menutupi seluruh badannya termasuk muka.
2. Yang dimaksudkan dengan “zahir” adalah apa yang kelihatan daripada beberapa anggota yang lazimnya terdedah bagi membolehkan seorang muslimah melaksanakan tugasnya yang ditetapkan oleh syari‘at Islam. Anggota tersebut ialah muka dan tangan di bawah pergelangannya. Sebahagian lain menambah bahagian di bawah buku lali kakinya. Berdasarkan kefahaman ini, ayat 31 surah al-Nur juga dijadikan dalil bahawa seorang muslimah wajib menutupi seluruh badannya kecuali apa yang perlu untuk tugasnya yang ditetapkan oleh syari‘at.
Sekalipun terdapat dua kefahaman, wilayah perbezaan di antara kedua-duanya adalah amat kecil. Kedua-dua pihak memiliki hujah dan di sini penulis mengambil sikap berlapang dengan berkata bahawa kedua-duanya adalah benar. Seorang muslimah boleh memilih salah satu daripada pendapat tersebut. Pada waktu yang sama hendaklah dia menghormati muslimah lain yang memilih pendapat yang berbeza daripadanya.
Kelima:
Sebelum turunnya ayat 31 surah al-Nur, sebahagian wanita pada zaman tersebut ada yang memakai tudung kepala. Akan tetapi tudung tersebut dilepaskan ke belakang badan mereka. Maka Allah membetulkan cara pakaian tersebut dengan firman-Nya: “…hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka”, yakni hendaklah ia dilepaskan ke hadapan badan mereka. Tidak sekadar itu, ia juga hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi ke bawah dada mereka.
Demikian tujuh ciri-ciri pakaian bagi seorang muslimah yang bertaqwa. Sekali lagi ditegaskan bahawa taqwa adalah kedudukan rohani yang dibuktikan melalui perbuatan jasmani dan ciri-ciri berpakaian tidak terlepas daripada pembuktian ini. Pembuktian tersebut hendaklah secara bersungguh-sungguh sebagaimana pesan Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.” [Ali Imran 3:102]
Walaubagaimana jika seorang muslimah mengalami kesukaran atau terhimpit dalam satu suasana yang menyukarkan, hendaklah dia berusaha sekadar termampu kerana Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun juga telah berfirman:
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.” [al-Taghabun 64:16]
Terpenting, membaca ayat: “Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya” sebagai alasan untuk tidak bertudung bukanlah ciri-ciri seorang muslimah yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, mahupun bertaqwa kepada Allah dengan sedaya upaya. Ia hanyalah ciri-ciri seorang wanita yang bertaqwa kepada hawa nafsunya.
Posted by AHBAR at 9:44 AM 0 comments
Labels: education
Friday, November 26, 2010
Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)
Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)
by JomSayang on Wednesday, July 21, 2010 at 5:46am
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
Posted by AHBAR at 1:44 AM 0 comments
Pada hari Jumaat bersamaan penghulu segala hari seramai 7 org hero Malaya telah mengadakan ekspedisi ke gunung bunga buah. Ekspedisi ini di anjurkan oleh Adventure and Recreation IIUM club yg disertai oleh
1. Olim
2. Danial
3. Asker
4. Yaye
5. Aminrool(aku)
6. Abe
7. Khalil
Ekspedisi ini bertujuan menerokai khazanah ciptaan yg Maha Besar... malah tidak seorang pun daripada kami pernah sampai malahan yg tahu selok belok menuju ke puncak gng bunga buah...
Sabtu petang.
Dari UIA dlm pukul 12-1 ptg bergerak ke gothong(otw ke genting) kami d hantar oleh saudara adi kurin dgn menaiki Toyota unser sehingga ke starting point. Starting point adlh d belakang hotel sri Malaysia dan sebelah international school.... kami d beritahu bhw tiada water point d ats sana, maka kami terpaksa mengisi 5 L kami dr sini. Khalil n Olim telah bertindak mencari air dr water cooler d international school maka bekalan kami sbyk 35L sedia untuk d bawa...
Maka pengembaraan kami d mulakan dgn doa dan tawakal pd Dia yg Berkuasa... selepas zuhur... Untuk makluman, memandang tiada seorg pun dari kami yg tahu akan jalan kebenaran, maka abe telah mencari sumber dari internet sbgi panduan. Malang dr awal kami tersalah jalan, namun bernasib baik apabila teserempak dengan pekebun dan beliau menunjukan jln kebenaran... Dari sumber internet menyatakan jln landai, namun kami mendapat, canak selama 15 min dan kemudian br smpi ke jalan balak yg d nyata kan d dlm internet i2.., agak berpeluh ketiak kerana tiada regangan yg d buat... hehehe berehat sebentar...
Perjalanan d teruskan selama sejam setengah, dgn menyusuri jln balak... d sambung pula dengan semak samun... sehingga kami menjumpai kawanan pokok yg ibarat pintu gerbang seperti d tunjukan d dlm gambar yg d print oleh abe.... dari pintu ini kami akan memasuki kawasan hutan, mula2 trek menaik lbih kurg 25 deg je selama 5 min... kemudian turun yg agak jauh hamper 20 min, dan selepas itu naik dan terus naik sehingga menjumpai puncak batu... berhampiran dgn puncak batu itu sebenarnye terdapat punca air... namun kami x trn mencari oleh kerana bekalan yg mencukupi.... setelah 4 jam lbey berjalan dr starting point, kami sampai d puncak hujan renyai2..., tiada kumpulan lain yg naik, maka 2 fly d psg, dan persiapan diri d lakukan sebelum tibnya mlm...
Malam menjelma, d sbb kn tiada gadis maka aminrool(aku) d tugaskn bertindak sbgi chef, menu ml mini sayur tomyam, ayam masak kicap and telur dadar. Pelbagai jenis air turut d sediakan oleh para peserta seperti kopi o, teh o, sirap limau, dan bali. Selepas mkn sesi perbincangan dan perbualan bermula dengan tembakau d tangan utk mengelakan gangguan nyamuk. Perbincangan yg bersifat akademik, islamik, politik dan pandangan masa depan sahaja yg meniti d bibir kami dan ini sbnrnya agak jangal dgn topic ini hehehe.... selepas puas kami pun tidur.
Sabtu Pagi...
Kami bangun besama2 sekitar jam 830 pg dan bersama-sama menyediakan sarapan iaitu bihun goreng. Ketika ini lah kami menyedari bahawa kami telah kehabisan bekalan air (ad org buat mandi kut...) maka air rendaman bihun tidak d buang, daalam pukul 11 br nak packing beg, huhu berpeluh panas terik plak, xpe bgs tuk kesihatan.. malah ad lagi kami terlupa akan buah nangka yg d bawa maka kami lepak dahulu mkn smbl membancuh sirap air bihun.... huhu agak cdey d sini 1.5 perisa baru sbgi bekalan spnjg perjalana turun... dalam jam 1230 penurunan d mulakan secara leisure dengan pemakaian baju seragam bewarna orange... gambar kenang2an d ambil d setiap pit stop... setelah 4 jam kami sampai d pekan gothong... d sini kami menunggu bas awam, kami menunggu ngan penuh kesabaran dan bas yg penuh ngan penumpang pun sampai. Agak memalukan ble anda membawa beg besar dan basah.. bak kate org perak... abis bonyeh bas 2.... kemudian kami berhenti d tol Karak... menapak pulang ke UIA... Alhamdulillah ekspedisi ini selesai dalam keadaan semua selamat...
Posted by AHBAR at 12:35 AM 0 comments
Labels: activities
Wednesday, November 24, 2010
Lagu Loghat Perak - Kejor Yop Kejor
hehe tbe2 semangat plak tengok barisan baru pemain perak d bawah kendalian cikgu ZAN...
ate nk buat mcm mane aye punnye lutut dh menggeletor, lame x trn stadium tgk bola...
kejor yob kejor...
semoge pasukan bola perak kembali ke zaman kegermilangannye....
Posted by AHBAR at 10:59 AM 0 comments
KITA BAYANG-BAYANG
Bayang-bayang.....
Mengapa tidak pernah hilang,
Sentiasa mengekori...
Kita sedar,
Namun kita tak boleh lari,
Kita suka akan cahaya,
Menang menerangi dunia,
Namun dari cahaya,
Munculnya bayang-bayang,
Kita lari dari kenyataan,
Jasad kau yang diatas bayang-bayang,
Kau yang membawa bayang-bayang,
Cuba berbagai cara,
Takdir penentu segalanya,
Tetapkan cahaya,
Aturkan bayang-bayangmu........
MARCH 2009
-AHBAR-
Posted by AHBAR at 5:01 AM 0 comments
Labels: sajak
KEPASTIAN
Siang tak semestinya cerah.
Malam tak sentiasa gelap,
Tiada apa yang kita tahu,
Bila sungai akan berhenti mengalir,
Kemana tiupan angin dibawa pergi,
Dia mengetahui segalanya,
Dia juga yang mengatur kejadian,
Mengapa dia tidak berkehendak untuk
Kita mengetahuinya?
Sedarkah manusia Dia sedang berbicara,
Dia menguji kamu,
Tatkala mentari melabuhkan tirai,
Tiada tahu kemunculannya,
Pohon yang tumbuh menyubur,
Belum tentu berbuah lagi,
Menunggulah dengan penuh harapan,
Disinilah tahap keimanan,
Ketaqwaan perlu ditingkatkan,
Manusia itu sendiri dijadikan berpasangan,
Namun siapa gerangan pasangannya?
Sedarlah manusia insan yang lemah,
Banyak persoalan yang tidak terungkai,
Jawapan tidak pula disimpulkan,
Semua kejadian atas kehendaknya,
Hanya dua sahaja yang dijanjikan,
Pahala untuk kebaikan,
Dosa untuk kemungkaran,
Janji ini yang pasti...
AHBAR
9 JUNE 2009
Posted by AHBAR at 4:58 AM 0 comments
Labels: sajak
awak...saya sayang awak..awak baca tau..
oleh Nur Layyin pada pada 22hb November 2010
saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??
saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...
betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...
awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..
awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??
saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..
awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.
saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..
awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..
awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3
(Alhamdulillah, artikel ni ak ltk kat cni buat peringatan untuk diri ak... kalo kome nk share peringatan i2 silakan le...)
Posted by AHBAR at 4:50 AM 0 comments
Labels: education
TRIP CUS (cancel)
Sunday, November 23, 2008
camah-ulu sepat
patutnye 15 nov 2008 kami g camah ulu sepat(cus)....
namun terpaksa g stong-ayam jer hmm
redah je r....
dh r 1st time naik trai, skali smpi 14 jam daa.....
tepu aku, rokok sekotak abis.....
ckit lg gler kut....
not 2 bad r trip ni....
dak2 ok r....
tp ad mamat ni blh bwk beg kecik dr gadis2.....
pergh berbulu beb....
kalo kompem g cus suma beras aku taruh dlm beg dia.....
pkir r berat sama d pikul, ringan sama dijinjing...
k daaa
Posted by AHBAR at 12:18 AM 0 comments
Labels: activities
mOUNT yOnG YaP tOk NeNeK
Wednesday, December 10, 2008
yonG yap - tok nenek
Aku asker n kurin g r join trip ni pd 25-30 nov ngan dak2 Utm.
kurin jd guide so aku n asker ni jd penyibuk jer.
1st day ktorng gerka lps subuh, naik hilux kt post brooke....
naik dlm sejam smpi kg org asli....
pas2 jln smpi tmpt nk kena seberang sungai, air naik ye r musim ujan...
so petak r pale kurin ngan topoi( guide) mencari jln penyelesaian, last jumpa tmpt yg x brape nk dlm so nyeberang la gune tali...
pastu kami jln dgn perjalana yg burink ke kem TAha'. Skali tempat 2 byk aggass..
2nd day gerak kul 11, matlamat puncak yong yap...
dh r ujan tanah lembut, aku aingat tanah pamah kut... target 5 jam dh leh smpi, tp plg smpi awl kul 7...
ms ni r ak kena folo dak pengsan, pergh dia belari naik puncak, tau r x bwk beg, yg ak kena folo dier ngan air 5 liter cucuk jer blakang dia....smpi atas mengah gak r....tp 2nd day ni plg klaka mcm2 lawak ujang kuar, yg nangis punya rmi... haha pecah perut ak gelak..
mlm 2 ak mkn pama je, topoi mls msk......... :(
3rd dayke puncak bubu, ms ni aku dh blh d kre demam namun perjalanan mesti d eruskn...
jln dia blk tersimpul urat pinngang asyik kena tunduk jer, lalu bwh akar pokok... tp ms jln mencanak nk smpi puncak bubu kurin suh ak kejar topoi, dgn x pikir ak blari ke atas, huis br 5 minit ak dh semput...
tp awek dh rmi ni, merangkak pun merangkak r janji laju...
smpi ats ak dpt kejar topoi....
4th day, kmi g puncak tok nenek n trus trun g kem kambing... ms nk tok nenek bez r tp dr tok nenek burink, kena sweep rmi dak2 ug bermasalah, slow gler, dh r ujan cjuk... tp macho punya hal!!!!
ak ingat dpt tdow aman mlm 2, tp skali cerun, pas2 agasss byk siot... berbulu je ak...
5th day, ni k gerak kuar.... jln jauh n burink... tp x yah cross sgi pki tali, dh ad jambatan tok batin buat, kena tol lak.... dlm kul 8 smpi post brooke... bus lak wat hal x jumpa post brooke... dorg g lepak tanah rata, kul 12 br amik ktorang yg kesejukan n kelaparan... huhu
tp best gak r trip nidak sempoi2 lh msk pale...
Posted by AHBAR at 12:16 AM 0 comments
Labels: activities
MOUNT RAJAH
Pada 18-19 julai 2009 arciium telah mengadakan ekspedisi Mount Rajah, bertempat di bentong.perjalanan bermula pd jam 00 am pd 18 julai. berhenti sebentar di genting sepah tuk peserta mengisi perut dan mencari keperluan masing2. Seperti biasa program ini disertai oleh, abe kicap, suhaib, yaye, kalel, ak, awe, abe setan bersama yaty, anak2 sukarno,dan ramai lagi dan tidak ketinggalan razmy,asoi dan kidin.Naza sbgi program manager. Trekker kami ialah Ijan IIC. Kami smpai ke air terjun **** dan bermalam d c2.
Peserta di kejutkan seawl jam 630 pa tk menunaikan solat subuh dan bersiap. sarapan pg disediakan oleh gadis2 ckplah sekadar cenkodok. Dan kami mendapat berita yg kurg memberansangkan bahawa lunch kami sekadar maggi. Malah Nasi hanya utk dinner shj.
Ok, mula gerak kul 9 melalui belakang tandas awam kami sampai d jln balak, jln balak diharungi selama sejam seblm smpi di kaki hutan. Kami berehat sebentar, seperti biasa kelompok belakang atau sweaper akan berborak. Perjalanan kurg memberansangkan kerna agak membosankn kurgnye trek mencanak. trek menaik sekadar 5 degree. lebih kurg 2 jam setengah kami sampi di Lata Naning. Lunch dan mandi-manda dilakukan sebelum bergerak ke campsite.
Dr lata naning kami mengambil ms hampir 2 jam. trek menyusuri tepi2 sungai pd permulaan, dan br disertai dgn canakkan namun x terlalu. dan kami smpi. seperti biasa setup campsite dan peserta mencuci bdn di sg berhampiran. Pd sebelah mlm dinner disediakan oleh NONI DAN PEMBANTU2NYE. Dan taaruf tidak dilupakan, peserta bagai pecah perut melihat dan menghayati pelbagai aksi y menghiburkan. Kemudian suma pakat tdo.
Pada sebelah subuh kami dikejutkan dengan kekecahan yg dlakukan oleh saudara abe kicap. Meraung.. 'aduh pinggang aku, ya Allah.." rupa2nye dia jatuh dr hammock, pesertalain masih mamai meneruskan aktiviti tido. Breakfast pg adlh cenkodok namun ak hanya sempat meras2-3 ketul, namun abe sean menyelamatkan kami geng sweaper dengan memasak mushroom soup. aku turut membancuh radix dan vico yg d bawa.
Perjalanan pagi itu bermula jam 8 pg, dan yg terakhir bermula jam 930.
Suma peserta selamat sampai d puncak jam 1130, dalam jam 1230 aktiviti trn dimulakan. dlm 130 kami smpi campsite, lunch bihun grg, pukul 3 mula gerak trn ke air terjun ******. Suma peserta menunjukan keghairahan masing2 dan mempunyai agenda masing2 utk sampai awal. Alhamdulillah suma peserta slmt sampai, dan yg terakhir sampai ak, abe setan dan yati.... maybe kenangan bersama adik2 br xkan ak lupakan hehe
Posted by AHBAR at 12:15 AM 0 comments
Labels: activities